Isu Tulisan Khat dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Semua Sekolah Rendah Mulai Tahun 2020

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Sumber: Perak Today

Isu Tulisan Khat dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Semua Sekolah Rendah  Mulai Tahun 2020. Seperti yang kita sedia maklum, tulisan Khat akan diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan) termasuklah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) secara berperingkat mulai tahun hadapan (2020).

Untuk lebih mudah difahami berkaitan pelaksanaannya dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah seperti mana pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bagi Tahap 2 di iaitu seperti di bawah:

  1. Tahun 4 (2020)
  2. Tahun 5 (2021)
  3. Tahun 6 (2022)

Ini bermakna, pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021. Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataannya menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah. Tulisan Khat ini juga tidak dinilai di dalam pentaksiran. Pembelajaran seni tulis ini menekankan aspek seni tulisan yang mengutamakan nilai estetika.

Walau bagaimanapun, perkara ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang tidak bersetuju sekiranya tulisan Khat ini dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, pihak kami, Sistem Guru Online ingin mendapatkan pandangan anda berkaitan perkara ini. Pada pandangan anda, adakah anda bersetuju Tulisan Khat dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi semua sekolah sebagai langkah untuk menerapkan nilai keindahan, serta keseronokan dalam aktiviti PdPc?

Adakah anda bersetuju Tulisan Khat dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi semua sekolah (SK, SJKC dan SJKT) sebagai langkah untuk menerapkan nilai keindahan dan keseronokan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran?

Ya, Setuju
Tidak Setuju

10 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Pengenalan Tulisan Khat dalam KSSR (Semakan) Tahap 2 Mulai 2020

1. Apakah yang berlaku?

KSSR (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.

2. Apakah tujuan pengenalan tulisan khat ini dilakukan?

Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

3. Bagaimana pengisian ini dilakukan?

Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat enam muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.

4. Adakah murid akan menguasai Jawi melalui 6 muka surat ini?

Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi.

5. Adakah ini berlaku di SJK sahaja?

Tidak. Pengenalan ini melibatkan semua sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

6. Bilakah keputusan ini dibuat?

Perancangan pengenalan tulisan khat ini telah dilaksanakan melalui semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014.

7. Adakah untuk Tahun 4 sahaja?

Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021. Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

8. Adakah tulisan khat ini akan diuji dalam ujian dan peperiksaan?

Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.

9. Kenapa memaksa murid bukan Melayu mempelajari tulisan khat?

Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Tambahan pula, tulisan Jawi juga telah diajar di sekolah jenis jebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi. Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).

10. Mengapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada ‘coding’ dan cabang ilmu lain?

Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. KPM memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 hingga 3. Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini berjaya dapat mengumpul pandangan daripada anda semua berkaitan perkara ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline