Isu kuarters guru kosong terbiar akan ditangani

Isu kuarters guru kosong terbiar akan ditangani. Terkini daripada Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berhubung is kuarters guru kosong dan terbiar.

Membaik-pulih kuaters, menyewakan kepada pihak swasta dan agensi kerajaan antara langkah proaktif dalam menangani masalah kuarters guru terbiar di seluruh negara.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, isu itu juga akan ditangani sebaiknya menerusi kerjasama beberapa pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak swasta.

Setakat 31 Mei lalu, KPM telah menyalurkan sebanyak RM56 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kuarters berpenghuni termasuk 773 unit kuarters terbiar.

Kementerian Pendidikan mempunyai sebanyak 50,257 unit kuarters seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 33,893 unit atau lebih 67 peratus sedang diduduki sementara 16,364 unit atau hampir 33 peratus adalah kuarters kosong.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Transformasi Minda Anak Muda Gugusan Belitong dan Tindak Usul Isu Pendidikan di Kluang, Johor

Kementerian Pendidikan sedang mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani isu kuarters guru yang terbiar di seluruh negara.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata tindakan itu antaranya ialah dengan membaik pulih sejumlah kuarters, menyewakan kuarters kepada pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri serta mengubahsuai fungsi kuarters terbabit.

Katanya, buat masa ini, kementerian mempunyai sebanyak 50,257 unit kuarters seluruh Malaysia dan daripada jumlah itu, sebanyak 33,893 unit atau 67.44 peratus sedang diduduki sementara 16,364 unit atau 32.56 peratus lagi adalah kuarters kosong.

Daripada sejumlah unit kosong itu pula, sebanyak 10,062 unit berada dalam keadaan yang rosak dan tidak boleh dihuni dengan kebanyakannya terletak di luar bandar.

“Sebelum ini, isu ini agak serius tetapi sejak tahun lalu kita melakukan beberapa tindakan untuk mengatasinya.

“Ini termasuk melakukan perbincangan dengan agensi-agensi kementerian yang ada. Begitu juga dengan pihak swasta dan kerajaan negeri.

“Contohnya melalui kerajaan negeri Kedah, kita menyewakan kuarters kita kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS) milik kerajaan negeri itu,” kata beliau.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Minda Anak Muda Gugusan Belitong dan Tindak Susul Isu Pendidikan di Parlimen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Belitong di sini, hari ini.

Berhubung kesiapsiagaan kementerian untuk menghadapi isu jerebu yang mungkin akan menjejaskan murid dan pelajar yang menduduki pemeriksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak, Maszlee berkata semua Jabatan Pendidikan negeri sudah pun mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan bencana itu.

“Mereka akan sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Apa-apa ‘alarming’ atau amaran akan diberikan oleh JAS dan bagi pihak jabatan pendidikan negeri, kita akan ikut SOP sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Sumber: RTM, Berita Harian dan Bernama

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Isu kuarters guru kosong terbiar akan ditangani memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung isu-isu pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.