DSKP KSSR Semakan 2017 Tahun 4. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian diteruskan lagi. Kali ini, admin berkongsi berkaitan salah satu dokumen yang paling penting dalam merancang dan menentukan RPT dan RPH kita, iaitu DSKP yang terkini iaitu versi KSSR (Semakan 2017) bagi sekolah rendah Tahun 4.
DSKP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran iaitu satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan(SK), Standard Pembelajaran(SP) dan Standard Prestasi(SPi).
Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala, Standard Pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan dan Standard Prestasi pula ialah satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017)
bagi Sekolah Rendah Tahun 4
Umum sedia maklum, KSSR (Semakan 2017) ini dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2017. Sehubungan dengan itu, bagi Sekolah Rendah Tahun 4, KSSR (Semakan 2017) ini dilaksanakan bermula pada tahun 2020 menggantikan KSSR yang lama.
Kandungan DSKP yang dikongsikan ini merangkumi mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) seperti di bawah (mata pelajaran disusun mengikut abjad):
Mata Pelajaran Teras
- Bahasa Cina (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina)
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Bahasa Tamil (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil)
- Matematik
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
- Pendidikan Kesenian
- Pendidikan Moral
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Sains
- Sejarah
Mata Pelajaran Tambahan
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina (untuk Sekolah Kebangsaan)
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Semai
- Bahasa Tamil (untuk Sekolah Kebangsaan)
Sehubungan dengan itu, muat turun semua DSKP ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “DSKP KSSR Semakan 2017 Semua Mata Pelajaran Tahun 4” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : DSKP KSSR Semakan 2017 Semua Mata Pelajaran Tahun 4
MATA PELAJARAN TERAS |
Bahasa Inggeris |
MATA PELAJARAN TAMBAHAN |
Penutup
Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan 2017 Tahun 4Â memberikan manfaat kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.