Bank Soalan Sebenar SPM Ulangan 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian diteruskan lagi. Pada kali ini, admin mengongsikan himpunan soalan-soalan sebenar bagi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan – SPM (U) untuk tahun ini (2019).
Selain mendengar dan memerhati sepertimana yang dilakukan oleh para pelajar ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, membuat latihan juga adalah salah satu teknik pembelajaran yang berkesan. Malah, ia merupakan cara terbaik untuk mengulangkaji pelajaran kerana membuat latihan lebih cepat memberi kefahaman dan memudahkan hafalan terhadap para pelajar
Antara sumber terbaik yang dapat digunakan untuk membuat latihan adalah contoh-contoh, atau jika mempunyai akses, koleksi soalan-soalan sebenar kertas peperiksaan yang bakal diambil atau diduduki oleh seseorang pelajar itu. Sekiranya koleksi soalan yang diperoleh mempunyai skema jawapan sekali, maka itu adalah lebih baik.
Selain peperiksaan UPSR dan PT3, para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM juga digalakkan untuk mendapatkan Koleksi Soalan Sebenar SPM Dan Skema Jawapan tahun-tahun lepas agar dapat digunakan sebagai rujukan. Hal ini dapat membantu para pelajar untuk memberi fokus terhadap topik-topik penting dan mengenalpasti soalan-soalan yang sering ditanya setiap tahun.
Di samping itu, para pelajar dapat menjimatkan masa dengan hanya mengulangkaji soalan-soalan ‘spot’ supaya dapat memberi perhatian terhadap mata pelajaran lain selain memahirkan diri menjawab soalan-soalan tersebut agar bersedia sekiranya soalan yang disasarkan keluar sewaktu peperiksaan sebenar nanti.
Buat pengetahuan semua, pelajar Tingkatan 5 bakal menduduki peperiksaan bertulis SPM tahun 2019 dalam dua fasa iaitu mulai 14 hingga 17 Oktober 2019 untuk Fasa 1 dan Fasa 2 dari 5 hingga 27 November 2019. Berikut dikongsikan Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Dapatkan “Bank Soalan Sebenar SPM Ulangan 2019” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Soalan dan jawapan mengikut subjek adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap kertas untuk melihat soalan sebenar dan skema jawapan masing-masing
Download : Bank Soalan Sebenar SPM Ulangan 2019
MATA PELAJARAN | KERTAS |
Bahasa Melayu | |
Matematik | |
Sejarah | |
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Bank Soalan Sebenar SPM Ulangan 2019Â dapat memberikan sedikt sebanyak manfaat kepada anda khususnya kepada calon yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.