Home Isu Pendidikan

Tiada pemansuhan topik dalam mata pelajaran Sejarah

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Tiada pemansuhan topik dalam mata pelajaran Sejarah. Baru-baru ini, telah timbul isu bahawa buku teks Sejarah Tingkatan Tiga telah dipinda dengan melibatkan pemansuhan beberapa bab berkaitan pendudukan Jepun di negara kita dan ancaman Parti Komunis Malaya serta darurat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meminda atau melaksanakan semakan semula terhadap kurikulum dan buku teks mata pelajaran sejarah.

Semakan terakhir kurikulum mata pelajaran tersebut dilaksanakan secara berfasa pada tahun 2017 dan buku teks serta kurikulum terkini adalah berasaskan kepada semakan berkenaan.

Jelasnya, kohort pertama yang mempelajari mata pelajaran sejarah dan menggunakan buku teks mata pelajaran semakan terkini merupakan pelajar tingkatan satu pada tahun 2017 iaitu pelajar tingkatan empat pada tahun depan.

Katanya, semakan tahun 2017 bermula pada tahun 2012 melibatkan pakar sejarah, pensyarah universiti awam, guru-guru cemerlang sejarah dan pegawai kurikulum dalam Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah (JKPMPS) Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah.

“Tiada mana-mana bahagian yang digugur, dibuang atau dimansuhkan. Sebaliknya bahagian berkenaan telah disusun dan diatur semula agar kurikulum yang dipelajari pelajar lebih kemas dan sistematik bagi memudahkan pemahaman mereka tentang sejarah negara.

“Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sejarah disusun secara kronologi mengikut garis masa peristiwa dengan tajuk-tajuk yang diajarkan kepada pelajar adalah secara berkesinambungan daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima supaya murid dapat memahami sejarah negara dengan lebih mendalam,” katanya.

KPM mengeluarkan kenyataan itu selepas baru-baru ini terdapat isu bahawa buku teks sejarah tingkatan tiga telah dipinda dengan melibatkan pemansuhan beberapa bab berkaitan pendudukan Jepun di negara ini, ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) dan darurat.

Menurut kenyataan itu, tajuk Pendudukan Jepun di Negara Kita, Ancaman PKM dan Darurat yang dahulunya dipelajari pelajar tingkatan tiga menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) akan diajar kepada pelajar tingkatan empat pada tahun depan berdasarkan KSSM sejarah baharu.

“Justeru, KPM meminta mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan usaha menyebarkan sebarang maklumat tidak benar mengenai perkara ini,” katanya. – K! ONLINE

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan perkara ini:

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Tiada pemansuhan topik dalam mata pelajaran Sejarah dapat memberikan informasi terkini kepada semua pihak berkaitan perkara ini.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

 

telegram sistemguruonline