Sekolah akan Menggunakan Google Classroom Menggantikan Frog VLE Mulai 1 Julai 2019

 

SEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM MENGGANTIKAN FROG VLE

Sekolah akan Menggunakan Google Classroom Menggantikan Frog VLE Mulai 1 Julai 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 27 Jun 2019 melalui Kenyataan Medianya bertajuk Perkhidmatan Talian Internet di Sekolah memaklumkan bahawa sekolah akan mula menggunakan platform Google Classroom menggantikan Frog VLE.

google classroom logo

Ini adalah berikutan dengan kontrak perkhidmatan 1BestariNet akan tamat pada 30 Jun 2019 ini. Sehubungan dengan itu juga, bermula 1 Julai 2019, sekolah dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh negara akan menerima perkhidmatan Internet daripada Telekom Malaysia, Celcom dan Maxis sehingga 31 Disember 2019 tahun ini iaitu bagi tempoh enam bulan. KPM akan memilih penyedia perkhidmatan Internet baharu bagi tempoh mulai 1 Januari 2020.

Berikut merupakan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan perkara ini:

Penutup

Semoga perkongsian ini memberikan informasi terkini kepada anda berkaitan dunia pendidikan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline.