Pengemaskinian Maklumat bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kini Dibuka Sehingga 26 Ogos 2019

 

SEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM MENGGANTIKAN FROG VLE 4

Pengemaskinian Maklumat bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kini Dibuka Sehingga 26 Ogos 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia khusus kepada graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) khususnya Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pengemaskinian maklumat boleh dilakukan di Sistem eGraduan.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) YANG SEDANG DITEMU DUGA OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) SEPERTI BERIKUT:

Sukacita dimaklumkan bahawa GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di URL egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah.

cats

Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas sahaja. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

Kepada rakan-rakan admin yang telah selesai ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu baru-baru ini, admin ucapkan tahniah dan kepada rakan-rakan yang kini berada di Semenanjung dan Sarawak, semoga berjaya dalam temu duga nanti. Aamiin.

MOHON PERHATIAN

SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUAT NAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI. Urusan pengemaskinian maklumat ini boleh dilakukan bermula 8 Julai 2019 sehingga 26 Ogos 2019. 

URL : egraduan.moe.gov.my

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun Manual Pengguna sebagai panduan dalam mengisi maklumat dalam Sistem eGraduan pada pautan muat turun di bawah:

Dapatkan “Manual Pengguna Sistem eGraduan” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Manual Pengguna Sistem eGraduan

 

Kepada graduan PISMP Ambilan Jun 2015, jumpa nanti di tempat konvokesyen kita. Insya-Allah .

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Pengemaskinian Maklumat bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kini Dibuka Sehingga 26 Ogos 2019 memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.