Nota Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lengkap. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian berkaitan dunia pendidikan diteruskan lagi. Pada kali ini, admin berkongsi bahan-bahan rujukan untuk kegunaan pelajar sekolah menengah iaitu bagi pelajar Tingkatan 4.
Nota yang admin kongsikan ini merupakan nota komsas atau komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Nota ini merangkumi nota bagi novel, cerpen, drama dan puisi (moden dan tradisional).
Berikut merupakan pratonton (preview) kandungan nota ini:
Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) dilaksanakan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertingkat daya mengekspresi dan kemahiran berbahasa ke tahap yang tinggi dalam kalangan murid sehingga dapat menggunakan bahasa kiasan dan bahasa perbandingan. Pada akhir pembelajaran sekolah menengah, murid diharapkan dapat:
- memupuk minat membaca;
- memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis;
- mengenali dan menghayati karya sastera;
- memahami budaya;
- menghasilkan karya sastera yang kreatif;
- mengenal penulis; serta
- mengurus emosi sendiri, mewujudkan empati dan mampu mengendalikan hubungan baik dengan orang lain.
Dapatkan “Nota Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : NOTA KOMSAS T4
Dilaksanakan secara berperingkat, KOMSAS pertama kali dijalankan pada tahun 2000 bagi murid Tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 bagi murid Tingkatan 2 dan 5 dan pada tahun 2002 bagi murid Tingkatan 3. Pada tahun 2010 teks KOMSAS ditukar kepada yang baharu secara berperingkat bermula dengan Tingkatan 1 dan 4. Kini, teks KOMSAS sekali lagi ditukar buat kali ke-3 bermula dengan Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2015, Tingkatan 2 dan 5 pada tahun 2016 dan Tingkatan 3 pada tahun 2017.
Pertukaran teks ini dilakukan sejajar dengan perubahan zaman dan sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Murid diharapkan dapat memanfaatkan karya sastera dalam menjana pemikiran aras tinggi bagi penyelesaian masalah, serta membentuk jati diri dan mengamalkan nilai murni termasuk perpaduan dan patriotisme bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial, pendidikan dan kerjaya.
Dua genre yang terdiri daripada novel dan antologi yang mengandungi kompilasi cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional telah diperkenalkan. Dengan peruntukan dua waktu seminggu daripada enam waktu Bahasa Melayu sekolah menengah, KOMSAS wajib dipelajari oleh semua murid dan turut diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM), karya dalam teks KOMSAS dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mencapai bidang estetik iaitu bidang yang memberikan fokus kepada keupayaan murid untuk memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif serta bukan kreatif.
Melalui bacaan karya-karya ini, murid akan:
- memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera;
- mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan;
- menguasai laras bahasa dan gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif; serta
- menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Namun demikian, KOMSAS boleh dijadikan bahan PdP dalam bidang interpersonal (keupayaan murid berinteraksi, memberikan pendapat, berunding serta membuat pertimbangan) dan dalam bidang maklumat (keupayaan murid mendapat, memproses dan menyampaikan maklumat). Tema karya KOMSAS yang pelbagai dalam bidang sains, sosial, ekonomi dan politik sangat berkesan dijadikan bahan yang boleh diteroka untuk menambahkan pengetahuan, menjana pemikiran aras tinggi, memupuk sikap prihatin dan mengambil berat serta berfikiran terbuka. Melalui kebijaksanaan guru merancang PdP berasaskan aktiviti, murid akan teransang untuk membaca keseluruhan karya, seterusnya sedikit demi sedikit dapat memupuk budaya membaca dan cinta akan karya sastera.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Nota Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lengkap memberikan manfaat buat semua khususnya kepada guru mata pelajaran yang berkenaan dan pelajar Tingkatan 4. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.