Modul Sivik Prasekolah

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Modul Sivik Prasekolah. Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, modul bagi menerapkan Pendidikan Sivik telah dikeluarkan.

Pengenalan

Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik. Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.

Modul Sivik Prasekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid yang dapat memainkan peranan, hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendidikan berkaitan hak dan tanggungjawab bertujuan membentuk murid ke arah warganegara yang bersatu padu, patriotik serta boleh menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat negara dan global.

Modul ini juga memfokuskan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diharap dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika tinggi serta hidup dalam semangat perpaduan dan cinta akan negara. Literasi sivik membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan harian yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini
membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian serta memberi sumbangan kepada masyarakat.

Modul ini merupakan panduan kepada guru untuk membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Dapatkan “Modul Sivik Prasekolah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Exemplar Pend Sivik Prasekolah

Alternatif Link Download : Modul Pendidikan Sivik Prasekolah

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Modul Sivik Prasekolah dapat membantu semua pihak khususnya guru-guru dalam menerapkan Pendidikan Sivik sama ada dalam PdP. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.