Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu

 

SEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM MENGGANTIKAN FROG VLE 49

Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu.Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian diteruskan lagi. Pada kali ini, admin berkongsi berkaitan modul yang boleh digunakan khasnya untuk guru dan calon-calon yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini iaitu Modul Latih Tubi UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pengenalan

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format pentaksiran UPSR yang baharu dan ditambah baik akan dilaksanakan mulai 2016.

modullatihanupsr2016 160718224350

Sehubungan dengan itu, atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah bersama Guru Sumber Bahasa Melayu Daerah telah berjaya menghasilkan Modul P&P Guru dan Modul Latihan Bahasa Melayu UPSR 2016.

Modul P&P Guru yang mengandungi 15 modul ini diharapkan dapat memberikan panduan dan membantu guru-guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan P&P berpusatkan murid dan
berasaskan Standard Pembelajaran. Objektif dan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di dalam modul yang berfokuskan kemahiran menulis ini juga diharapkan dapat menarik perhatian dan
merangsang murid ke arah kesediaan minda bagi;

  1. Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea secara asli atau autentik.
  2. Membuat pertimbangan dan penilaian atau rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat.
  3. Memberi ruang untuk menjawab dengan lebih bebas.
  4. Menguji pemikiran aras tinggi (analisis, sintesis dan penilaian).
  5. Dapat mentaksir kebolehan(mengaitkan idea, maklumat dan perkara-perkara lain dalam penulisan)
  6. Modul Latihan UPSR 2016 pula mengandungi 12 topik berasaskan latihan topikal tatabahasa pelbagai item soalan objektif dan subjektif termasuk soalan-soalan petikan kefahaman.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun bahan ini pada pautan muat turun di bawah:

Dapatkan “Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu

 

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu memberikan manfaat kepada anda semua khususnya kepada guru, ibu bapa dan calon-calon yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Admin doakan semoga anda semua terus berjaya di dunia dan akhirat. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.