Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Menengah Rendah)

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Menengah Rendah). Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, panduan untuk guru-guru dalam melaksanakan PdP Pendidikan Sivik telah dikeluarkan yang dinamakan sebagai Modul Exemplar.

Pengenalan

Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di sekolah menengah, pembelajaran pendidikan sivik membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Pendidikan sivik memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diintegrasikan melalui empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.

Hasrat ini boleh dicapai melalui pendekatan bersepadu menerusi perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program dan aktiviti sekolah. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik disampaikan secara pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan Sejarah. Penyepaduan dalam mata pelajaran ini disediakan dalam Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik. Kandungan ini membolehkan murid memahami dan menghayati pelbagai ilmu dan maklumat seperti hak asasi, hubungan dengan orang lain, kelestarian alam sekitar, warisan budaya masyarakat Malaysia, dan kedaulatan negara. Pemahaman tentang pendidikan sivik membolehkan murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, berunding dan menyelesaikan konflik serta membuat keputusan, hidup bersama-sama dalam
masyarakat berbilang kaum dan etnik serta menyumbang kepada masyarakat. Pemahaman dan kesedaran sivik juga dapat membentuk perwatakan murid supaya menjadi warganegara yang bersatu padu, bersemangat patriotik, berintegriti dan ke arah kesejahteraan masyarakat, negara serta global.

Perincian pemetaan ini disokong dengan penyediaan modul sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sivik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah di sekolah menengah. Modul exemplar yang disediakan memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan, sosioemosi dan tindakan sivik serta menyarankan pelbagai kaedah PdP bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik dapat dilaksanakan secara berkesan.

Pendidikan sivik hendaklah dilaksanakan secara bersepadu, holistik dan menyeluruh melalui pelbagai cara. Pelibatan semua pihak dapat mendorong ke arah pembentukan perwatakan murid yang memiliki pemikiran sivik dan mengetahui hak serta tanggungjawab sebagai warganegara dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan global.

Modul exemplar ini memfokuskan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika tinggi serta hidup dalam semangat perpaduan dan cinta akan negara. Literasi sivik membolehkan murid memperoleh pengetahuan kewarganegaraan, karakter kewarganegaraan, dan tindakan kewarganegaraan yang diperlukan untuk warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan yang dilaksanakan menerusi aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan serta memberi sumbangan kepada masyarakat.

Dapatkan “Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Menengah Rendah)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Exemplar Pend Sivik Sekolah Menengah (Rendah)

 

Amali Sivik ialah pengaplikasian pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan global. Amali sivik membolehkan murid menterjemah pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik dalam kehidupan harian dan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan berkesan. Amali sivik dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau di luar sekolah seperti berikut:

1. Perhimpunan Sekolah
Pelaksanaan kesedara n sivik dan amalan nilai murni dalam perhimpunan sekolah bertujuan melahirkan murid yang peka kepada tanggungjawab dan hak terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global serta membudayakan nilai murni dalam kehidupan harian. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM) disusun mengikut nilai teras yang ditetapkan dan disesuaikan dengan latar masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,etnik dan agama bertujuan mengukuhkan jati diri, perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan murid.

2. Kokurikulum
Pelaksanaan pendidikan sivik yang dilaksanakan pada setiap minggu diselaraskan mengikut nilai teras yang ditetapkan. Aktiviti Badan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan nilai sivik, meningkatkan ilmu, meneroka kemahiran baharu, mengukuhkan sikap positif dan mengamalkan sifat kemanusiaan serta meningkatkan kualiti jati diri.

3. Aktiviti/ Program Sekolah
Pihak sekolah disaran mengadakan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti, media, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengukuhkan penerapan nilai sivik. Pelibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat perlu diperkasakan dalam aktiviti atau program sekolah seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Bumi, Hari Kanak-kanak Sedunia dan sebagainya.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Menengah Rendah) dapat membantu semua pihak khususnya guru-guru dalam menerapkan Pendidikan Sivik sama ada dalam PdP. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.