Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah Kegunaan Jun sehingga November 2019

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah Kegunaan Jun sehingga November 2019. Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, panduan bagi menerapkan Pendidikan Sivik telah dikeluarkan.

Pengenalan

Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik. Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.

Penekanan kepada nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat diberi perhatian. Penekanan yang serius bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 melalui pendekatan penerapan nilai merentas kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum. Ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan tiga adalah untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal ini kerana murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh.

Buku manual ini disediakan sebagai panduan kepada guru dalam menerapkan Pendidikan Sivik bagi tempoh Jun sehingga November 2019 ini. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan pratonton (preview) kandungan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah ini:

Dapatkan “Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah Kegunaan Jun sehingga November 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

 

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2018 pada 4 Julai 2018 telah memutuskan supaya Bahagian Pendidikan Islam bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai-Nilai Murni. Keputusan mesyuarat tersebut menjelaskan supaya jawatankuasa tersebut menyelaras konsep nilai murni yang mudah dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai universal yang terdapat dalam al-Quran dan hadis sebagai satu nilai murni yang boleh diamalkan oleh semua bangsa tanpa mengetepikan kefahaman agama dan budaya masyarakat setempat. Susulan daripada keputusan tersebut, satu Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni telah ditubuhkan dan dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM. Bahagian Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa mesyuarat dan perbincangan sebagai gerak kerja ke arah merealisasikan konsep yang dicadangkan.

Konsep kesedaran sivik dan amalan nilai murni telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Induk Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni kepada YB Menteri Pendidikan pada 1 Ogos 2018. Sehubungan dengan itu, bagi perancangan jangka masa pendek, mesyuarat memutuskan supaya BPI menyelaras dan menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk diuar-uarkan tentang kepentingan kesedaran sivik dan amalan nilai murni semasa perhimpunan mingguan sekolah dan seterusnya menjadi pemangkin kepada penghayatan dan pelaksanaan kesedaran sivik dan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah Kegunaan Jun sehingga November 2019 dapat membantu semua pihak khususnya guru-guru dalam menerapkan Pendidikan Sivik sama ada dalam PdPc mahupun aktiviti luar. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.