Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Novel Jendela Menghadap Jalan (Rohani Matdarin)

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Novel Jendela Menghadap Jalan
(Rohani Matdarin)
. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsian kajian bagi kegunaan guru dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 iaitu bagi komsas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Perkara yang dikongsikan oleh admin ini merupakan kajian bagi salah satu komponen yang perlu diajar oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan pelajar Tingkatan 4 iaitu novel yang bertajuk Jendela Menghadap Jalan (Rohani Matdarin).  Kajian ini merangkumi perkara seperti berikut:

  1. Sinopsis Keseluruhan Novel
  2. Sinopsis Bab demi Bab
  3. Tema
  4. Persoalan

Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampung.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya.

Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang amat bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar.
Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melaui pertemuan semula dengan Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang.

Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Disamping itu juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri.

Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa.

Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling.

Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau.

Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran perubahan sikap datuk yang pada mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.

Dapatkan “Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Novel Jendela Menghadap Jalan (Rohani Matdarin)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Jendela Menghadap Jalan

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Novel Jendela Menghadap Jalan (Rohani Matdarin) memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.