Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Drama Berkhidmat untuk Negara
(Affix Zulkarnain Adam). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsian kajian bagi kegunaan guru dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 iaitu bagi komsas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
Perkara yang dikongsikan oleh admin ini merupakan kajian bagi salah satu komponen yang perlu diajar oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan pelajar Tingkatan 4 iaitu drama yang bertajuk Berkhidmat untuk Negara (Affix Zulkarnain Adam). Kajian ini merangkumi perkara seperti berikut:
- Sinopsis
- Tema
- Persoalan
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah melayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN, hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.
Dapatkan “Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Drama Berkhidmat untuk Negara (Affix Zulkarnain Adam)” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Berkhidmat Untuk Negara
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Drama Berkhidmat untuk Negara (Affix Zulkarnain Adam) memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.