Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Munsyi (Mawarni Sulaiman)

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Munsyi (Mawarni Sulaiman). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsian kajian bagi kegunaan guru dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 iaitu bagi komsas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Perkara yang dikongsikan oleh admin ini merupakan kajian bagi salah satu komponen yang perlu diajar oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan pelajar Tingkatan 4 iaitu cerpen yang bertajuk Munsyi (Mawarni Sulaiman). Kajian ini merangkumi perkara seperti berikut:

  1. Sinopsis
  2. Tema
  3. Persoalan

Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa, dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘Saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya’, ‘Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan. Namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

Dapatkan “Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Munsyi (Mawarni Sulaiman)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Munsyi

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Munsyi (Mawarni Sulaiman) memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.