Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom)

 

SEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM MENGGANTIKAN FROG VLE 10

Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsian kajian bagi kegunaan guru dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 iaitu bagi komsas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Perkara yang dikongsikan oleh admin ini merupakan kajian bagi salah satu komponen yang perlu diajar oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan pelajar Tingkatan 4 iaitu cerpen yang bertajuk Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom). Kajian ini merangkumi perkara seperti berikut:

  1. Sinopsis
  2. Tema
  3. Persoalan

Mengisahkan ‘Aku’ melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian cenderamata tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. ‘Aku’ serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.

Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, ‘Aku’ terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. ‘Aku’ mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun ‘Aku’ tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.

Hajah Normah dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. ‘Aku’ tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. ‘Aku’ dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk ‘Aku’ agar membeli jaket kulit kijang. Namun, ‘Aku’ masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, ‘Aku’ cuba mengenakan jaket kulit tersebut. ‘Aku’ tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. ‘Aku’ dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan ‘Aku’ dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Perjalanan melawat Egyptian Market, ‘Aku’ didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan ‘Aku’, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan ‘Aku’, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada ‘Aku’ dengan harga AS$100. ‘Aku’ terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. ‘Aku’ juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali ‘Aku’ terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.

Akhirnya, ‘Aku’ berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

Dapatkan “Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4: Kajian Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom) memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.