
Semakin menjadi TREND masa kini untuk rakyat Malaysia pergi melancong ke luar negara tidak kira waktu cuti sekolah mahupun tidak. Kadang-kadang bukan semata-mata untuk pergi lawatan kerja, tetapi banyak sudah kes-kes penjawat awam ke luar negara untuk melancong, bercuti, berbulan madu, membeli belah dan sebagainya.
Nampak remeh, tetapi tahukah anda sebagai penjawat awam kita terikat dengan undang-undang? Banyak hal ini kita terlepas pandang sehingga mengundang masalah yang lebih besar. Ya, sehingga melibatkan masalah tindakan tatatertib!
Setitik Nila : Buku Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
Sebagai memberi panduan dalam pengurusan tatatertib, Buku Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib ini telah diterbitkan. Buku ini mengandungi contoh kes-kes yang berlaku di peringkat Kementerian/ Jabatan.
Terdapat pelbagai kes-kes tatatertib yang dikongsikan di dalam buku ini, antaranya ialah :
Kes-kes Tatatertib yang dibincangkan dalam Buku Setitik Nila :
- Tidak Hadir Bertugas Dan Tidak Mengetik Kad Perakam Waktu
- Tidak Mengetik Perakam Waktu
- Tidak Hadir Bertugas Dan Memalsukan Sijil Sakit
- Memalsukan Sijil Sakit
- Memalsukan Tandatangan Pada Sijil Sakit
- Datang Lewat Tanpa Alasan Yang Munasabah
- Tidak Mengikuti Kursus Pengajian Yang Ditetapkan
- Membeli Kereta Daripada Syarikat Yang Mempunyai Hubungan Rasmi
- Menyalahgunakan Atau Menggunakan Kedudukan Awam
- Menyalahgunakan Wang PIBG
- Penerimaan Hadiah / Sumbangan
- Meniru Tandatangan Pegawai Atasan
- Meminda Laporan Markah Prestasi
- Mengemukakan Tuntutan Palsu
- Menerima Wang Rasuah 131
- Gagal Mematuhi Arahan Pertukaran
- Lawatan Persendirian Ke Luar Negara Tanpa Kebenaran
- Kecuaian Menyebabkan Banduan Melarikan Diri
- Gagal Mematuhi Memo Pengarah Jabatan
- Memecah Kecilkan Nilai Perolehan
- Melanggar Arahan Perbendaharaan / Tidak Mematuhi Peraturan Kewangan
- Gangguan Seksual
- Menjalin Hubungan Dengan Wanita Yang Telah Berkahwin
- Disabitkan Kesalahan Jenayah Khalwat Oleh Mahkamah Syariah
- Kes Sabitan Jenayah (Rasuah)
- Penyalahgunaan Dadah
- Membawa Barang Larangan
- Melakukan Kekasaran Terhadap Pesakit
Dan pada kali ini yang ingin admin ketengahkan ialah kesalaham dalam
- Lawatan Persendirian Ke Luar Negara Tanpa Kebenaran
Kes Tatatertib : Lawatan Persendirian Ke Luar Negara Tanpa Kebenaran
Lihat begitu banyak kesan dan akibat yang bakal dihadapi. Jadi mulai sekarang sila ingat dan saling berpesan. Apabila sudah tahu, jangan diulangi lagi!
Dapatkan “Buku Setitik Nila” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Setitik Nila (JPA 2009)
Pengakhiran
Setiap yang dirancang tidak semestinya berlaku kerana sebaik-baik perancang ialah Allah swt. Mungkin kita boleh katakan segala perancangan dan isu keselamatan telah kita ambil berat, namun jika sesuatu berlaku maka buruk akibatnya. Bak kata pepatah, “Malang Tidak Berbau”.
“Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua”. Saling berpesan dan saling mengingat.