Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah

 

Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah

Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tidak lama lagi, bulan Ogos menjelas tiba menandakan Bulan Kebangsaan bakal diraikan. banyak pihak khususnya di peringkat sekolah akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-62 ini.

Bagi menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama, kerajaan telah memutuskan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini sebagai “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. Kerajaan berharap tema ini boleh memupuk dan menyalakan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Sehubungan dengan itu, admin kongsikan contoh kertas kerja yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk digunakan oleh guru-guru sebagai salah satu persediaan mengadakan Hari Kebangsaan ini. Jutaan terima kasih kepada pihak yang sudi kongsikan kertas kerja ini.

Dapatkan “Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘docx’

Download : Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah

  1. Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah 1
  2. Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah 2

 

Kerajaan juga telah memutuskan untuk mengekalkan logo rasmi sambutan tahun lepas sebagai logo rasmi sambutan pada tahun ini jua iaitu dengan tambahan tema baru kita ‘Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih’.

Seperti yang kita maklum logo ini memaparkan simbol rakyat dalam pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati yang menyatukan mereka. Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian rasa seia, sekata, sehati dan sejiwa, membarakan perasaan sayang kepada negara Malaysia. Penggunaan warna-warna Jalur Gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, ‘Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih’.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.