DSKP KSSM Tingkatan 4 dan 5 Matematik. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian diteruskan lagi. Kali ini, admin berkongsi berkaitan salah satu dokumen yang paling penting dalam merancang objektif PdPc kita dan juga sebagai panduan untuk membina RPT dan RPH kita, iaitu DSKP.
DSKP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran iaitu satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan(SK), Standard Pembelajaran(SP) dan Standard Prestasi(SPi).
Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala, Standard Pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan dan Standard Prestasi pula ialah satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
Pelaksanaan KSSM bagi Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan 5
Umum sedia maklum, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2017. Sehubungan dengan itu, bagi sekolah menengah Tingkatan 4, KSSM ini dilaksanakan bermula 2020 manakala Tingkatan 5 bermula pada 2021 menggantikan KBSM iaitu kurikulum sekolah menengah yang lama.
Tahukah Anda?
Kini, DSKP KSSM bagi sekolah menengah kegunaan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 digabungkan dalam satu dokumen yang sama melainkan DSKP KSSM MPEI (Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas) dan KBD (Kurikulum Bersepadu Dini).
Anda boleh memuat turun DSKP ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “DSKP KSSM Tingkatan 4 dan 5 Matematik” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Dokumen ini adalah berformatkan Portable Document Format (.pdf) dan bersumberkan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Download : DSKP KSSM Tingkatan 4 dan 5 Matematik
Penutup
Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu DSKP KSSM Tingkatan 4 dan 5 Matematik memberikan manfaat kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.