DSKP KSSM MPEI Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan

01 DSKP MPEI PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 v2

DSKP KSSM MPEI Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian diteruskan lagi. Kali ini, admin berkongsi berkaitan salah satu dokumen yang paling penting dalam merancang objektif PdPc kita dan juga sebagai panduan untuk membina RPT dan RPH kita, iaitu DSKP.

DSKP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran iaitu satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan(SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi(SPi).

Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Manakala, Standard Pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan dan Standard Prestasi pula ialah satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

KSSM MPEI

Umum sedia maklum, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) MPEI mula dilaksanakan di Tingkatan 4 pada tahun 2017 bagi menggantikan 10 mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada peringkat menengah atas untuk memenuhi keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) ini adalah seperti 10 mata pelajaran berikut:

  1. Asas Kelestarian
  2. Pertanian
  3. Sains Rumah Tangga
  4. Sains Komputer
  5. Ekonomi
  6. Perniagaan
  7. Grafik Komunikasi Teknikal
  8. Prinsip Perakaunan
  9. Reka Cipta
  10. Sains Sukan

Anda boleh memuat turun DSKP ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “DSKP KSSM MPEI Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Dokumen ini adalah berformatkan Portable Document Format (.pdf) dan bersumberkan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Download : DSKP KSSM MPEI Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu DSKP KSSM MPEI Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan memberikan manfaat kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.