DSK KBD Tingkatan 5 Al-Adab Wa Al-Balaghah

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

DSK KBD Tingkatan 5 Al-Adab Wa Al-Balaghah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian diteruskan lagi. Kali ini, admin berkongsi berkaitan salah satu dokumen yang paling penting dalam merancang objektif PdPc kita dan juga sebagai panduan untuk membina RPT dan RPH kita, iaitu DSKP (bagi Kurikulum Bersepadu Dini, hanya DSK – Dokumen Standard Kurikulum).

DSKP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran iaitu satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum iaitu ia menyenaraikan Standard Kandungan(SK) dan Standard Pembelajaran(SP).

Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Manakala, Standard Pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Pengenalan kepada Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz adalah kurikulum Agama Islam yang dilaksanakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat menjadikan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi ulama dan cendekiawan Islam pada masa akan datang.

Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz merupakan transisi kepada pelaksanaan Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2017. Oleh itu kurikulum ini digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan Standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan.

Dokumen Standard Kurikulum ini juga merupakan sumber rujukan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian diharapkan guru-guru dapat menggunakan dokumen standard ini semaksimum mungkin supaya matlamat pelaksanaan KBDKBT untuk melahirkan modal insan yang menguasai asas ilmu Agama dan bahasa Arab sebagai persediaan untuk menjadi ulama yang berpengetahuan tinggi dan luas akan tercapai.

Akhir sekali Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan kepakaran dan tenaga untuk menghasilkan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz.

Anda boleh memuat turun DSKP ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “DSK KBD Tingkatan 5 Al-Adab Wa Al-Balaghah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Dokumen ini adalah berformatkan Portable Document Format (.pdf) dan bersumberkan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Download : DSK KBD Tingkatan 5 Al-Adab Wa Al-Balaghah

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu DSK KBD Tingkatan 5 Al-Adab Wa Al-Balaghah memberikan manfaat kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here