Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia  Kini Ditawarkan

 

SEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM MENGGANTIKAN FROG VLE 15

Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia  Kini Ditawarkan. Terkini daripada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 10 Julai 2019 khasnya buat PPPT.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada:

  1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA.
  2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA.
  3. Para Pentadbir dan Pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA.

Sehubungan itu, PPPT yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://biasiswa.moe.gov.my/hlp/index.php atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).

Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuatnaik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Permohonan akan mula dibuka mulai 10 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 25 Julai 2019 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas dari jam 5.00 petang tidak akan diproses. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Dapatkan “Hebahan Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia  Kini Ditawarkan” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download di sini

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia  Kini Ditawarkan memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.