Cikgu ini kongsi idea kawal murid yang tidak mahu belajar, tidur dan bercakap semasa guru sedang bercakap

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Cikgu ini kongsi idea kawal murid yang tidak mahu belajar, tidur dan bercakap semasa guru sedang bercakap. Pengurusan bilik darjah amat penting bagi seseorang guru. Tanpa kemahiran dan kawalan yang baik, suasana pembelajaran akan menjadi kurang kondusif dan kurang bermakna bagi guru dan lebih penting lagi, bagi murid-murid.

Sehubungan dengan itu, admin tertarik dengan perkongsian idea daripada seorang guru ini, iaitu Cikgu Dima Mazlina Abu Bakar yang merupakan seorang guru dari SMK Paloh, Paloh yang tampil membuat perkongsian idea untuk mengawal murid yang tidak mahu belajar, tidur dan bercakap semasa guru sedang bercakap, iaitu beliau mewujudkan satu ruangan khas dalam bilik darjah/kelas. Kaedah ini dalam psikologi dinamakan sebagai Time Out.

Antara Posting (hantaran) yang beliau kongsikan melalui laman Facebook seperti berikut:

Apa khabar semua guru-guru Malaysia?

Hari ini saya ingin kongsikan satu idea bagaimana untuk kawal pelajar yang tidak mahu belajar, tidur dan bercakap waktu kita bercakap.

Memperkenalkan…

Ruang untuk pelajar tidak mahu belajar, ruangan bising dan ruangan untuk pelajar tidur😁.

Siapa yang tidak mahu belajar dipersilakan untuk “menghuni” ruangan itu sehingga dia insaf.

Jika ada pentadbir mempertikaikan dengan menyebut, cikgu jangan nafikan hak murid nak belajar, jawab sahaja. Tiada siapa menafikan hak mereka untuk belajar sebab cikgu masuk memang untuk mengajar.

Lama sudah saya fikirkan hal ini…

Gambar terakhir, tiada yang tidak belajar.

Selamat mencuba😊

Kemudian, posting beliau ini mendapat sebanyak 5,100 ribu likes dan perkongsian sebanyak 1,900 ribu dengan komen sebanyak 1,200 komen setakat ini. Ini menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan guru dan ibu bapa khususnya memberikan komen yang positif berkaitan perkara ini kepada beliau.

Banyak lagi perkongsian idea daripada guru-guru yang kreatif sebegini. Hakikatnya, guru perlu bijak melihat dan peka dengan persekitaran untuk membuat sesuatu kerana kita lebih mengenal murid-murid kita dan kita jugalah yang tahu bagaimana hendak mengawal mereka demi mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, seronok dan bermakna.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Cikgu ini kongsi idea kawal murid yang tidak mahu belajar, tidur dan bercakap semasa guru sedang bercakap memberikan sedikit sebanyak idea khususnya kepada guru-guru dalam mengawal bilik darjah dengan lebih baik dan efektif. Terima kasih kepada guru yang sudi berkongsi idea ini. Teachers always stick together. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan bahan-bahan dan informasi berkaitan dunia pendidikan yang terbaik dan terkini dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

telegram sistemguruonline