Cara Ajar Anak Cepat Menulis Guna Kaedah Tulisan Atas Garam sebenarnya bukan sesuatu yang asing lagi malah kaedah ini sangat diperakui oleh segenap pakar kanak-kanak yang menyatakan ianya satu kaedah yang baik. Bukan sahaja menyeronokkan tetapi kaedah ini membantu murid merangsang pergerakan psikomotor halus mereka dan koordinasi mata dengan tangan.
Mari kita lihat contoh hasil kaedah menulis ini.
Cara Ajar Anak Cepat Menulis
Bahan-bahan yang diperlukan
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :Â
Bahan-bahan Lain Untuk Aktiviti
- Kertas warna-warni untuk flash card
- Pen Marker/ Pensil
- Gunting
Kenapa Garam? Kenapa Tidak Gula?
Mungin ada sebab mengapa blogger Jen menyarankan para ibu di luar sana menggunakan garam untuk belajar cara menulis dan membaca, dan bukannya gula atau pasir.
Pertama, garam lebih mengurangkan kadar anak anda memasukkan jari ke dalam mulutnya. Ia masin, si kecil pasti tidak tertelan garam tersebut.
Tetapi, kalau anda guna gula, cuba bayangkan…pasti di hujung sesi belajar menulis tersebut, tinggal sedikit saja gula dalam dulang. Selebihnya, dia dok ralit makan gula tersebut kerana kemanisannya.
Yang kedua, mungkin garam lebih mudah untuk diperolehi. Pasir halus bukanlah benda mudah untuk ditemui atau dibeli terutamanya jika anda tinggal di bandar.
Malah, kalau anda membelinya pun, harga pasir tersebut mungkin sedikit mahal daripada harga garam. Sumber : my.theasianparent.com