Borang Permohonan Guru Ganti 2019 Kini Tersedia. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pada kali ini, admin dapat berkongsi dengan anda semua berkaitan Guru Ganti.
Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan.
DEFINISI GURU GANTI
Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan. Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.
TUGAS GURU GANTI
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
- Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
- Terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
- Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
TARAF PERKHIDMATAN DAN KADAR UPAH GURU GANTI
- Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian dan kadar upah ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik (dibuktikan melalui dokumen yang sah) dan bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan.
- Tempoh bertugas Guru Ganti tidak boleh melebihi 3 (tiga) bulan dari tarikh lantikan.
PUSAT TANGGUNGJAWAB
- Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik Guru Ganti yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan.
- Bayaran upah bagi Guru Ganti ini diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.
KELAYAKAN INDIVIDU UNTUK MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 – 35 tahun (Siswazah)
Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam : Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina : Kepujian Bahasa Cina (SPM)
Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil : Kepujian Bahasa Tamil (SPM)
KELAYAKAN SEKOLAH UNTUK MEMOHON GURU GANTI
- Permohonan Guru Ganti oleh sekolah adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN SEMENTARA guru tetap yang SEDIA ADA di sekolah atas sebab Cuti Bersalin, Cuti Sakit, Cuti Rehat Khas, Cuti Tanpa Gaji, Menghadiri Kursus, Bertugas Kokurikulum dan Ko-Akademik JPN, Menunaikan haji / umrah dan lain-lain (Kedudukan perkhidmatan yang termasuk dalam kiraan kerana dianggap masih berada di sekolah). Walaubagaimanapun, kelulusan penempatan adalah tertaklum kepada Peruntukan Waran Guru Ganti dan Waran Perjawatan Tahun Semasa.
- Permohonan Guru Ganti TIDAK BOLEH digunakan bagi mengisi KEKOSONGAN PERJAWATAN guru tetap yang BELUM DIISI atau DIKOSONGKAN atas sebab persaraan, pertukaran, kenaikan pangkat, lanjut pelajaran bergaji penuh / separuh dan lain-lain (Kedudukan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam kiraan kerana dianggap tiada di sekolah).
Dapatkan “BORANG BERKAITAN GURU GANTI DI SINI” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :Â
BORANG PERMOHONAN OLEH INDIVIDU
Borang GG2019-CÂ : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2019
BORANG PERMOHONAN OLEH SEKOLAH
Borang GG2019-SÂ : Borang Permohonan Guru Ganti 2019
Borang GG2019-PÂ : Borang Pemantauan Guru Ganti 2019
LAMPIRAN AÂ : Permohonan Cuti Haji Di Bawah Perintah Am 34 & 35 Bab ‘C’
LAMPIRAN BÂ : Borang Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
Surat Siaran : Surat Dari JPN Berkaitan Borang Kemudahan Cuti Bersalin
GARIS PANDUAN DAN PEKELILING BERKAITAN
Kedudukan Perkhidmatan Guru : Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
PP Bil.5 Tahun 2017Â : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
PP Bil.3 Tahun 2011Â : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian
Pegawai Pengawal 2019Â : Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2019 KPM
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Borang Permohonan Guru Ganti 2019 Kini Tersedia sedikit sebanyak dapat membantu individu atau pihak yang berkaitan. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.