Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2020. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berminat untuk menjadi PENGETUA bagi sekolah rendah dan GURU BESAR bagi sekolah menengah.
Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2020 akan dibuka mulai 3 Jun hingga 16 Ogos 2019. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 30 Ogos 2019.
Syarat-syarat Permohonan
- Syarat Umum
(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
(c) Bebas daripada tindakan tatatertib;
(d) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
(e) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
(f) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. - Syarat Khusus(a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
(b) Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
ï‚· Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
ï‚· Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
(c) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
(d) Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
(e) Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).
Sila layari laman NPQEL MPPS untuk keterangan lanjut.
Dapatkan Dokumen yang Berkenaan di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Muat turun iklan di sini
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2020 memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.