Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0)

 

IMAGE

Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0). Terkini daripada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 31 Mei 2019 berkaitan CBBP bagi tahun ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian berteraskan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia bagi ambilan Tahun 2019.

Program IR 4.0 mengambil kira hasrat Kerajaan melalui inisiatif pendidikan bertaraf dunia dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam mengharungi revolusi industri 4.0. Kursus ini akan dilaksanakan sepenuhnya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan kohort pertama dijangka akan bermula pada September 2019.

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) sebelum atau pada 21.06.2019 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7087 untuk maklumat lanjut.

Dapatkan “Dokumen Berkaitan CBBP KPM 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

BilMuat Turun
 1 Hebahan Penawaran Kemudahan Penajaan Program IR4.0
 2 Lampiran 1 Syarat-Syarat Permohonan IR 4.0
 3  Lampiran A Senarai Bidang IR 4.0
 4 Lampiran B Carta Alir Permohonan Penajaan Dan Cuti Belajar 2019
 5 Lampiran C Senarai Penyakit Kronik
 6 Dokumen Permohonan

aKPM(BBP)LD1 2019 Borang Permohonan Mengikuti Pengajian 2019
bKPM(BBP)LD2 2019 Borang Perakuan Ketua Jabatan
cKPM(BBP)LD3 2019 Borang Perakuan Kedudukan Kewangan
dKPM(BBP)LD4 2019 Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan
eKPM(BBP)LD5 2019 Borang Maklumat Politik
fSenarai Semak Cuti Belajar 2019

 

Penutup

Semoga berjaya daripada kami, warga Sistem Guru Online. Semoga perkongsian ini iaitu Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0) sedikit sebanyak dapat membantu khususnya kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berminat. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.