
Cikgu semua dah ready nak bawa keluarga ke gelongsor air terpanjang di dunia?
- Lokasi : Taman Tema Escape Pulau Pinang
- Panjang gelongsor : 1.140 kilometer
- Masa untuk lengkapkan 1 gelongsor : 4 minit +-
Jom ke Taman Tema Escape Pulau Pinang
GELONGSOR air terpanjang di dunia bakal dibuka di Taman Tema Escape Pulau Pinang pada bulan Ogos.
Pengguna dijangka menggelongsor selama 4 minit melalui gelongsor sepanjang 1.140 kilometer itu sebelum memasuki kolam taman tema tersebut.
Video pembinaan gelongsor tersebut di Facebook rasmi Escape Theme Park menunjukkan bagaimana ia dibina dengan mengekalkan persekitaran semulajadi di taman tema tersebut.
Guinness World Records Coming Soon to Penang
Posted by Escape Theme Park, Penang on Sunday, 23 June 2019
Taman Tema Escape Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang dan fasa ketiga ‘Gravity Play’ telah menelan kos sebanyak RM10.6 juta termasuk pembinaan satu laluan kereta kabel sepanjang 400 meter untuk membawa pengunjung ke puncak bukit.
Ia bakal diiktiraf Guinness World Records yang akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan. Astro Awani : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/inilah-rupa-gelongsor-air-terpanjang-di-dunia-di-pulau-pinang-210916