Subjek Sains Pertanian Bakal Diajar Semula Di Sekolah – Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Subjek Sains Pertanian Bakal Diajar Semula Di Sekolah - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

PONTIAN 30 April – Subjek Sains Pertanian berkemungkinan diajar semula di sekolah rendah dan menengah dalam waktu terdekat, lapor Utusan Online semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sudah menyatakan persetujuan beliau terhadap perkara ini.

“Saya sudah berbincang dengan Dr. Maszlee supaya subjek Sains Pertanian diajar semula di semua sekolah dan alhamdulillah beliau amat bersetuju.

“Dengan adanya pengetahuan pelajar dalam bidang pertanian ini bukan sahaja ia boleh dijadikan sebagai karier masa hadapan, tetapi turut meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ini sudah terbukti berkesan di negara-negara maju seperti Amerika dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Pelancaran My Green Team di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat, di sini semalam iaitu pada 29.04.2019. – UTUSAN ONLINE

Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pendapat ini kerana kita kena pupuk semangat bercucuk tanam mulai dari kecil. Selain itu ia mampu membuka minda pelajar tentang dunia pertanian serta memberi pengetahuan asas dari segi teknologi, sistem, pengurusan dan sebagainya.

Apa pula pendapat anda? kongsikan di ruangan komen. Semoga bermanfaat dan jangan lupa like page Kami Guru Malaysia.

Apa Pandangan Para Guru

Disebalik setiap perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita ianya bukan sahaja melibatkan murid, tetapi yang utama sekali ialah kesediaan para guru itu sendiri.

Pasti ramai guru yang menyahut seruan dan saranan ini secara positif. Kenapa tidak, kita semua dapat melihat pelbagai perkara baik dan perkembangan yang positif jika ianya terus dilaksanakan.

Namun begitu, kita masih perlukan pembangkang. Ya, untuk menstabilkan dan memperkemaskan lagi susun atur kokurikulum kita. Jadi, sebagai guru jika anda diberikan peluang untuk bersuara secara lantang tanpa ada sekatan dan hukuman, apa yang anda ingin sarankan atau apa yang anda ingin buat penambahbaikan kepada info terbaru ini iaitu mengenai memperkenalkan subjek

 

telegram sistemguruonline