Cadangan memberikan penangguhan bayaran PTPTN bagi mereka bergaji bawah RM4000 merupakan Manifesto Pakatan Harapan PRU14 dan termasuk dalam 10 idea kaedah bayaran balik dicadangkan hasil perbincangan meja bulat oleh PTPTN pada bulan Januari hingga Mac 2019.
Perbincangan meja bulat dan percambahan idea itu diadakan bersama pelbagai kumpulan berkepentingan yang terdiri daripada pakar kewangan, wakil rakyat, agensi berkaitan dan kumpulan pelajar.
10 Idea Hasil Perbincangan Meja Bulat dalam Kertas Konsultasi Rakyat
Berikut 10 idea-idea yang telah muncul hasil perbincangan meja bulat itu.
- Penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan RM2,000 ke bawah.
-  Penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan bawah RM4,000.
- Menukar sistem bayaran balik sedia ada, kepada skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baru — Income Based Repayment (IBR).
- Potongan gaji mandatori
- Melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya
- Penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap mereka yang tidak membayar balik dalam tempoh yang lama
- Melaksanakan sistem penjamin
- Pemansuhan pengecualian bayaran balik graduan kelas pertama atau digantikan dengan pengecualian separa.
- Mengurangkan jumlah pinjaman dan secara beransur-ansur menamatkan pinjaman kepada institusi pengajian Tinggi swasta dan kursus yang berprestasi rendah.
- Menaikkan caj ujrah 1%(ujrah bererti caj perkhidmatan) kepada peminjam baru.
Difahamkan kesemua idea-idea ini akan dibawa kepada pihak kerajaan, dan jemaah menteri akan memutuskan mana satu idea yang akan dilaksanakan.
Maka ada kemungkinan bahawa pelaksanaan manifesto PH PRU14 (Tak payah bayar hutang PTPTN sampai dapat gaji bulanan RM4,000) akan dilaksanakan sebab tak tahan hari-hari orang tagih supaya PH laksanakan Manifesto.
Apa Akan Jadi Jika Idea Ini Dilaksanakan?
Berbalik kepada persoalan awal, apa akan jadi kalau jika idea nombor 2, atau dalam kata lain jika Manifesto PH itu dilaksanakan?
PTPTN ada buat kajian, dan di bawah ini perkara-perkara yang akan berlaku jika Manifesto PH dilaksanakan (info ini berdasarkan Kertas Konsultasi Rakyat PTPTN)
- Tempoh 6 hingga 15 tahun diperlukan untuk kebanyakan peminjam mencapai julat gaji RM4,000 (berdasarkan anggaran kenaikan 5% gaji setahun)
- Peminjam hanya boleh mula bayar antara usia 29 hingga 38 tahun di mana pada masa yang sama komitmen kewangan diorang telah meningkat dengan ketara.
- Ansuran bulanan juga mungkin lebih tinggi berbanding jika pembayaran balik bermula lebih awal. Tempoh masa bayaran balik terlalu panjang memberi risiko kewangan PTPTN.
- Berdasarkan fakta semasa, 7 daripada 10 peminjam PTPTN (68%) berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan jadi pelaksanaan idea itu akan mengurangkan kutipan tahunan PTPTN sedia ada dengan ketara, kepada RM950 juta setahun berbanding sekitar RM3 bilion setahun yang berjaya dikutip dalam tempoh tiga tahun lalu.
- Jika ia dilaksanakan, hutang PTPTN (dijamin oleh kerajaan) akan melebihi RM100 bilion pada tahun 2040.
Jadi kalau kita lihat, pelaksanaan Manifesto PH akan beri impak kewangan yang sangat serius kepada kewangan negara.
Survey dari PTPTN
PTPTN ada buat survey minta pendapat orang ramai tentang berapakah peratus gaji yang patut dipotong untuk membayar balik hutang PTPTN dalam Kertas Konsultasi Rakyat.
Anda juga boleh bagi pendapat jom klik sini pergi ke bahagian Idea #3 untuk mengundi — [Link]
PTPTN beri masa untuk orang ramai berikan komen kepada idea-idea mereka di https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ tu sehingga 13 Jun, jadi anda kena cepat berikan pendapat masing-masing sebelum tarikh tutup.
Komen dan pendapat yang lewat dari tarikh 13 Jun 2019 tidak lagi diambil kira.
Sumber artikel dari : MiloSuam.Net