Soalan Akhir Tahun 2019

Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak

Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak kerana pasti hukuman yang dibuat itu bukan satu perbuatan yang sengaja tetapi bersebab iaitu untuk mendidik. Bagi sesetengah ibubapa, mungkin ianya satu perkara yang positif kerana ini bermaksud mereka tahu dan yakin bahawa guru-guru masih prihatin dan mengambil berat terharap anak-anak mereka.

Namun begitu, kita tetap perlu hormati juga pandangan sesetengah ibubapa yang tetap berpendirian bahawa hukuman rotan itu tidak dibenarkan kepada anak-anak mereka. Ya, mungkin kerana mereka memilih didikan sebegitu atas sebab tertentu. Mungkin sebab manjakan anak-anak?

Mari kita baca artikel mengenai pendapat dari Tuan Guru Haji Hadi Awang yang sangat bernas dan membuka mata serta minda kita ini.

Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak – Tuan Guru Haji Hadi

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkongsi nostalgia dirotan guru ketika zaman persekolahan dan bersyukur kerana tindakan itu berjaya membentuknya menjadi manusia berguna.

Ahli Parlimen Marang itu mengakui beliau dirotan guru dan bapa, Allahyarham Awang Mohamad Abd Rahman kerana nakal.

Justeru beliau menyifatkan tindakan guru merotan anak murid wajar dan perlu dilaksanakan walaupun dalam era moden kerana ia dapat membentuk peribadi mulia dan moral tinggi dalam kalangan murid dan pelajar.

Beliau berkata, pendekatan merotan murid atau pelajar yang degil dan bermasalah perlu demi kepentingan untuk mengajar dan mendidik sejak kecil, tetapi bukan sehingga mencederakan.

Katanya, sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak dirotan walaupun melakukan kesalahan sehingga ada yang menyaman guru, boleh meruntuhkan institusi keluarga seperti di negara barat.

“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan seperti diajar Islam. Ketika itu tak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi sekarang ini guru nak rotan pun tak boleh. Ibu bapa pula saman guru yang merotan.

“Kita kena sedar, nak ubat orang sakit pun, ada yang mudah terima ubat, ada orang sakit payah terima ubat. Ada yang kena letak ubat dalam makanan yang manis baru dia boleh telan, ada orang yang sakit kena paksa makan ubat.

“Jadi kalau pelajar yang jenis kena paksa ini, (tetapi) kita tak paksa, tak bolehlah. Ada anak-anak ini yang kita kena paksa sebab akal dia belum matang. Tetapi kita pula terpengaruh dengan budaya barat yang salah.

“Sekarang ini institusi keluarga di negara barat runtuh. Jadi kita nak ikut mereka ke? Tak boleh. Kita kena balik pada yang asas juga. Islam tak larang rotan anak untuk mendidik, bukan mencederakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.

Beliau berkata, arwah bapanya dahulu sangat memihak kepada guru dan menyokong sekiranya ada guru yang merotan anak murid kerana ia dilakukan demi kebaikan.

“Ayah saya dahulu ketua masyarakat di sini (Marang). Memang beliau suruh cikgu merotan kalau perlu. Arwah akan marah orang kampung kalau berlaku krisis antara guru dan orang kampung. Beliau akan berpihak kepada guru,” katanya.

Mengakui sering dipaksa ke sekolah kerana menganggap belajar sebagai satu bebanan ketika kecil, Abdul Hadi berkata, sehingga hari ini beliau masih ditegur oleh gurunya jika melakukan kesalahan.

“Ada guru saya yang masih hidup dan melatih saya sampai sekarang. Antaranya, pernah saya jawab soalan pemberita dalam keadaan marah-marah, guru saya tegur kata jangan buat begitu. Walaupun saya sudah tua, ada guru saya yang masih hidup ajar saya jangan buat itu, ini sehingga kini,” katanya.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik, Abdul Hadi berharap golongan itu akan terus menunaikan amanah dan tanggungjawab mendidik dan membentuk anak bangsa dengan ilmu bermanfaat.

Sumber : https://www.bharian.com.my

Sayang Anak, Tangan-tangankan

Mungkin pilihan merotan bukan pilihan terbaik, namun kita tetap perlu mendengar pendapat ramai pihak dan ambil jalan terbaik. Bagi admin, admin bersetuju hukuman rotan ini dijalankan. Ya, bukan sebab admin sebagai seorang guru dan suka menghukum tetapi admin letak diri admin sebagai seorang ibubapa.

Bagi admin, lebih baik anak-anak dididik dengan rotan agar mereka berjaya dengan akhlak yang baik daripada membesar dengan akhlak tidak baik. Nauzubillah.

Apa kata anda?

telegram sistemguruonline