Hati-hati Cikgu Yang Suka Minum Teh Tarik dan Minuman Bersusu. Kenali Jenis Susu di Malaysia

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Pasti ramai cikgu-cikgu yang menjadi peminat setia minuman manis seperti Teh Tarik, Kopi dan sebagainya. Ya, tidak salah jika berpada-pada tetapi jika dijadikan rutin ianya sangat tidak sihat kepada diri cikgu-cikgu semua.

Tapi kenapa pula? Mari kita lihat kepelbagaian jenis susu tin di negara kita.

Minuman Manis Jadi Trend? Ketahui Beza Pelbagai Jenis Susu Tin!

Lepak mamak pekena teh tarik, kopi tarik? In-trend dengan bubble tea, teh ais kaw cincau? Atau sedap lagi ABC bawah pokok?

Ya, memang rasa sedap, manis dan kaw tapi tahu kah apa yang diletakkan dalam minuman itu?
Susu ke?

Betul ke ‘susu’? Ataupun susu segar? susu cair? susu pekat? krimer? atau krimer manis?
Ataupun panggil je semuanya ‘susu tin’?

“Laaa ada macam-macam jenis ke?” Ingatkan semua ‘susu dalam tin’ tu sama ja.

Salah kefahaman tu. Hakikatnya, kebiasaan susu dalam tin tak guna susu tapi krimer atau krimer manis. Krimer ni apa pulak?

Rujuk ni:

1. Susu Sejat Penuh Krim (evaporated full cream milk)

Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair oleh orang kita.

2. Susu Pekat Manis Penuh Krim (sweetened condensed full cream milk)

Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Kebiasaanya ramuan utama bukan susu tapi GULA. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan.

3. Susu Isian Sejat (evaporated filled milk)

Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu tu pula telah dikeluarkan dan diganti atau
senang cerita diisi dengan minyak tumbuhan.

4. Susu Isian Manis (sweetened filled milk)

Sama seperti susu isian sejat dan ditambah GULA (gula adalah ramuan utama).

5. Krimer Sejat (evaporated creamer)

Ianya berasaskan minyak tumbuhan, selalunya minyak sawit yang telah diproses dan dilunturkan
menjadi putih seakan susu. Juga terdapat dalam jenis serbuk (krimer kopi).

Banyak digunakan dalam minuman pracampur 3 dalam 1, bubble tea, carrot ‘susu’, masakan, nasi minyak, kuih, dessert dan ABC.

6. Krimer manis (sweetened creamer)

Sama seperti krimer yang berasaskan minyak tumbuhan dan telah ditambah dengan GULA
(kandungan gula adalah ramuan utama) dan biasa digunakan dalam minuman panas seperti teh tarik,
sirap bandung dan sebagainya di kedai makan.

Kalau lagi hipster – krimer yang berperisa (coklat, strawberi, karamel) makan ngan roti.

Biasanya, krimer akan diberi nilai tambah dengan menambah
mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding gula yang
kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.

Selama ini anda gunakan yang mana satu?

Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT PENUH KRIM (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu.

Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).

Jadi, tak hairanlah bila negara tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman atau makanan berasaskannya.

Bangga? Fikirkan semula, amalkan kesederhanaan.

Kebiasaannya, susu diimport dalam bentuk pepejal susu dan lemak susu yang kemudiannya diproses dan dicampur semula ke bentuk cecair sebelum dipek untuk dijual (recombined milk).

Jadi, pada label ramuan akan dilabel lemak susu, pepejal susu. Malah, ada krimer sejat/ krimer manis yang masih mengandungi pepejal susu, namun kandungannya tidak sebanyak minyak tumbuhan dan gula yang menyebabkan produk tersebut tidak memenuhi kriteria perlabelan sebagai susu.

Apa pun, rajinlah baca label dan kenali jenis produk. Label produk mungkin berubah mengikut formulasi terkini.

Artikel Perkongsian dari Hilmi Ya’kub

Sumber: FB Bahagian Pemakanan KKM
Kredit: Thiru Kanesh, Nutritionist
Rujukan: Akta Makanan 1983

Cikgu Yang Kacak dan Cantik Ialah Cikgu Yang Sihat

Ramai dikalangan cikgu di sekolah yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat. Antara faktor utama yang menyebabkan masalah berat badan ini pula ialah kerana masalah pemakanan itu sendiri.

Jadi, jom kita ubah diri kita. Apa kata kita mulakan dengan mengurangkan minuman manis. Kemudian, cabar pula diri cikgu semua untuk tidak minum minuman bergula atau manis selama 24jam.

Kalau berjaya, boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu selama seminggu, sebulan dan setahun! Lihat perubahan diri anda nanti.

 

telegram sistemguruonline