Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Pada kali ini, perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksanaan tugasan projek yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.

Pengenalan

Tugasan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 3 (TST3) merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan 3. TST3 ini memerlukan murid menjalankan penyelidikan sejarah melalui pengaplikasian Kajian Kes yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kurikulum Sejarah. Tahap Penguasaan (TP) Keseluruhan murid hendaklah direkodkan dalam Templat Pelaporan PBD dan Skor Keseluruhan murid dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sejarah.

Objektif

  1. Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan penyelidikan sejarah.
  2. Membudayakan pembelajaran berasaskan inkuiri semasa menjalankan penyelidikan sejarah dalam melahirkan murid yang berdaya fikir lestari selaras dengan prinsip Kelestarian Global.
  3. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid melalui penyelidikan sejarah.
  4. Mengaplikasikan dan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui penyelidikan sejarah berasaskan fakta sejarah yang tepat.
  5. Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang seimbang.
  6. Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita dalam usaha melahirkan warganegara yang menghargai dan mensyukuri warisan sejarah negara.
  7. Membina semangat patriotisme dalam kalangan murid bagi membentuk keterikatan emosi kepada negara.
  8. Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk secara kreatif dan inovatif dengan berintegriti.

Pelaksanaan Tugasan

TST3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh menjalankan penyelidikan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan TST3 dan pembentangan mesti dibuat secara individu. TST3 ini dilaksanakan bermula dari bulan Mei hingga Jun.

Murid dikehendaki membina penyataan masalah daripada tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah, iaitu:

  1. Tingkatan 1 – Sejarah Kita dan Dunia
  2. Tingkatan 2 – Warisan Negara
  3. Tingkatan 3 – Kedatangan Kuasa Asing

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH

SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum (15 April 2019)

 

Panduan Pentaksiran Tugasan

TST3 ditaksir secara individu. Guru mata pelajaran Sejarah (Pentaksir 1) perlu menilai proses kerja murid melaksanakan tugasan dan menyemak laporan serta pembentangan TST3 secara berterusan berdasarkan Rubrik Umum yang disediakan (rujuk lampiran 6), dimana guru perlu:

  1. Menentukan TP bagi setiap Dimensi (rujuk jadual 1 pada halaman 10) semasa menilai proses kerja dan mentaksir laporan serta pembentangan TST3 murid berpandukan Rubrik Umum yang diberi.
  2. Merekodkan TP bagi setiap Dimensi dalam Borang Pentaksiran Individu (rujuk lampiran 7) yang juga digunakan sebagai muka hadapan tugasan.
  3. Menentukan skor yang sepadan dengan TP yang telah ditentukan bagi setiap Dimensi (rujuk jadual 1 pada halaman 10) dan direkodkan dalam Borang Pentaksiran Individu.
  4. Bagi menentukan TP Keseluruhan, guru perlu menjumlahkan semua skor dari 6 Dimensi yang telah ditaksir untuk mendapatkan Skor Keseluruhan murid.
  5. Seterusnya guru perlu mencari TP Keseluruhan murid yang setara dengan jumlah Skor Keseluruhan yang ditunjukkan dalam jadual 2 pada halaman 11.
  6. TP Keseluruhan dan Skor Keseluruhan murid direkodkan dalam Borang Pentaksiran Keseluruhan Tugasan (rujuk lampiran 8) mengikut kelas yang diajar oleh guru.
  7. Menyerahkan salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan Tugasan yang telah lengkap kepada GKMP (Ketua Pentaksir) untuk penjaminan kualiti atau moderasi dan untuk tindakan selanjutnya.
  8. Mendapat bimbingan daripada GKMP untuk melaksanakan moderasi berpandukan buku panduan PBD yang disediakan oleh BPK semasa penjaminan kualiti.
  9. Memberi peluang setiap murid untuk menambah baik hasil tugasan serta pembentangan selama tempoh pelaksanaan TST3 belum tamat supaya murid dibimbing untuk menguasai TP Keseluruhan terbaik bersesuaian dengan tahap serta kebolehan murid.

Ringkasan tentang proses kerja pelaksanaan TST3 ditunjukkan lampiran 14 dan cadangan Jawatankuasa pelaksana TST3 di bawah Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ditunjukkan dalam lampiran 15 serta ringkasan Proses Pentaksiran TST3 pula ditunjukkan seperti lampiran 16 untuk membantu meningkatkan pemahaman semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan TST3 semasa menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3 sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru, ibu bapa dan calon yang akan menduduki PT3 2019. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.