Panduan Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Panduan Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Pada kali ini, perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksanaan tugasan projek yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.

Pengenalan

Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan al-Quran (PATH) merupakan salah satu komponen yang wajib dilaksanakan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam. PATH adalah sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan ianya dilaksanakan secara berterusan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Skor keseluruhan murid dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan PT3 Pendidikan Islam. Buku Panduan PATH ini disusun untuk membantu guru sewaktu menjalankan tugas mentaksir murid bagi tujuan pelaporan dalam PT3

Objektif

PATH KSSM Pendidikan Islam bertujuan mentaksir kebolehan murid dalam mempamerkan aspek berikut:

  1. Melakukan amali solat yang tertentu dengan betul, beradab dan istiqamah.
  2. Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar serta bertajwid secara beradab dan istiqamah.
  3. Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar serta bertajwid secara beradab dan istiqamah.

Pelaksanaan Tugasan

  1. PATH adalah sebahagian daripada PBD Pendidikan Islam dan dilaksanakan secara berterusan dalam PdP Pendidikan Islam.
  2. PATH hendaklah dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi kelas berkenaan.
  3. PATH adalah wajib bagi semua murid Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.
  4. Tatacara pelaksanaan PATH ini hendaklah dimaklumkan secara jelas kepada semua murid Tingkatan 3.
  5. PATH boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan mengikut kesesuaian dan keperluan tajuk, walau bagaimanapun tahap penguasaan ditentukan mengikut individu.
  6. Guru mata pelajaran perlu merekod perkembangan setiap murid dalam PATH dari semasa ke semasa.
  7. Penjaminan kualiti atau moderasi perlu dijalankan di peringkat sekolah oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dengan dibantu oleh Ketua Panitia mengikut prosedur yang ditetapkan (Lampiran 1).
  8. Guru mata pelajaran perlu melengkapkan Borang Pentaksiran Keseluruhan untuk disemak oleh GKMP dan seterusnya disahkan oleh Pengetua (Lampiran 2)
  9. Setiausaha Peperiksaan hendaklah memasukkan skor keseluruhan murid dalam Aplikasi PT3 yang disediakan oleh LP mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Panduan Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PANDUAN PENTAKSIRAN AMALI SOLAT TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN KSSM PEND ISLAM Vcetak

SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum (15 April 2019)

 

PERKARA YANG DINILAI

AMALI SOLAT:

a) Solat Jenazah
b) Solat Sunat Hari Raya
c) Solat Sunat Tahiyatul Masjid
d) Solat Sunat Hajat

TILAWAH AL-QURAN:

a) Surah al-A’raf ayat 23
b) Surah al-Kahfi ayat 1-10
c) Surah al-A’raf ayat 179
d) Surah al-A’raf ayat 205-206
e) Surah al-Taubah ayat 100
f) Surah al-Nur ayat 30-31
g) Surah Ghafir ayat 67

HAFAZAN AL-QURAN:

a) Surah al-A’raf ayat 23
b) Surah al-Kahfi ayat 1-10

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Panduan Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3 sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru, ibu bapa dan calon yang akan menduduki PT3 2019. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.