Panduan Kerja Projek KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Panduan Kerja Projek KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Pada kali ini, perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksanaan tugasan projek yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.

Pengenalan

Kerja projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam Standard Kandungan Penghasilan Produk merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid tingkatan 3 tahun semasa. Kerja projek ini memerlukan murid memilih sekurang-kurangnya dua bidang ilmu dalam aplikasi teknologi yang telah dipelajari.

Pada akhir pelaksanaan projek, murid dikehendaki menyediakan dokumentasi dan membentangkan bersama projek mereka mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru. Tahap Penguasaan (TP) murid hendaklah direkodkan dalam templat pelaporan PBD dan skor murid hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) untuk tindakan selanjutnya.

Objektif

  1. Mendapat kemahiran menggunakan peralatan, bahan dan perisian komputeryang sesuai dalam menghasilkan produk.
  2. Memerihal kepentingan perkembangan reka bentuk pembangunan produkdengan kehidupan murid.
  3. Menghasilkan produk yang direka bentuk berasaskan budaya fikir lestariselaras dengan prinsip Kelestarian Global.
  4. Membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah menggunakanteknologi yang bersesuaian.
  5. Mengaplikasikan Jujukan Reka Bentuk (Design Cycle) dalam proses rekabentuk projek.
  6. Membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang menggunakanteknologi.
  7. Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuksecara kreatif dan inovatif.
  8. Mengamalkan nilai murni yang relevan dalam mereka bentuk produk yanglebih ergonomik, mesra pengguna, berkualiti tinggi dengan kos yang efisien.
  9. Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti.

Pelaksanaan Kerja Projek

Kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh menghasilkan projek mereka secara individu atau berkumpulan. Sekiranya murid memilih menghasilkan projek secara berkumpulan, murid mestilah mengikut syarat dan peraturan seperti di lampiran 1. Projek ini dilaksanakan dalam tempoh dari bulan Mac hingga Julai selama 22 minggu. Murid dikehendaki memilih dua atau lebih bidang ilmu aplikasi teknologi yang dipelajari bagi menghasilkan projek mereka. Pentaksiran dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Panduan Kerja Projek KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT

SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum (15 April 2019)

 

Pentaksiran Kerja Lapangan

Kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 ditaksir secara individu walaupun projek itu dilaksanakan secara berkumpulan. Pentaksiran kerja projek adalah berdasarkan rubrik yang disediakan.

Guru perlu membuat pentaksiran dengan merujuk proses kerja pentaksiran seperti berikut:

  1. Guru membuat pentaksiran berdasarkan dimensi mengumpul maklumat, merancang, aplikasi, membuat refleksi, berkomunikasi serta etika dan kerohanian.
  2. Guru mentaksir kerja projek murid dengan berpandukan Rubrik Projek KSSM RBT Tingkatan 3 (Lampiran 5).
  3. Guru menjumlahkan skor semua dimensi yang telah dinilai bagi menentukan TP secara keseluruhan dengan merujuk Jadual 1.
  4. Guru boleh merujuk tafsiran TP Keseluruhan untuk mengetahui pencapaian murid sepanjang menjalankan tugasan (Jadual 2).
  5. Guru Kanan Mata Pelajaran berbincang dan membimbing guru mata pelajaran untuk melaksanakan proses moderasi terhadap TP keseluruhan murid (Lampiran 4)
  6. Guru merekodkan TP murid bagi setiap dimensi dengan menggunakan Borang Pentaksiran Individu (Lampiran 6).
  7. Guru perlu merekodkan TP Keseluruhan dan Skor Keseluruhan murid di dalam Borang Skor Keseluruhan mengikut kelas (Lampiran 7).

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Panduan Kerja Projek KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3 sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru, ibu bapa dan calon yang akan menduduki PT3 2019. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.