Panduan Kerja Lapangan KSSM Geografi Tingkatan 3. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Pada kali ini, perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksaan tugasan projek yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.
Pengenalan
Kerja Lapangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Geografi Tingkatan 3 (KLGT3) merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh setiap murid dalam Tingkatan 3. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan KLGT3 dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Tahap Penguasaan (TP) keseluruhan murid hendaklah direkodkan dalam Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Skor Keseluruhan murid yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan Pentaksiran PT3 (PT3) Geografi dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut masa yang ditetapkan. Panduan KLGT3 yang disediakan ini boleh membantu pihak sekolah untuk merancang pelaksanaan KLGT3 dengan lebih mudah, teratur dan sistematik.
Objektif
- Mengenal pasti isu atau tajuk yang berkaitan geografi di lapangan.
- Menghuraikan saling kaitan antara manusia dengan alam sekitar di lapangan.
- Mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari di lapangan.
- Memberi pendapat atau idea secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.
- Menzahirkan sikap kerjasama dan saling menghormati.
- Mensyukuri, mencintai dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
- Menjalankan tugasan mengikut prosedur
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “Panduan Kerja Lapangan KSSM Geografi Tingkatan 3” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â PANDUAN KERJA LAPANGAN KSSM GEOGRAFI
SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum (15 April 2019)
Pentaksiran Kerja Lapangan
Pentaksiran laporan KLGT3 bagi setiap murid adalah berdasarkan rubrik yang disediakan. Guru perlu membuat pentaksiran dengan merujuk proses kerja pentaksiran seperti berikut:
- Guru membuat pentaksiran berdasarkan dimensi mengumpul maklumat, merancang, aplikasi, membuat refleksi, berkomunikasi serta etika dan kerohanian (Jadual 1).
- Guru mentaksir KLGT3 murid dengan berpandukan Rubrik KLGT3 (Lampiran 7).
- Guru menentukan TP murid bagi setiap dimensi berdasarkan pertimbangan profesional.
- Guru merekodkan TP dan Skor murid bagi setiap dimensi dengan menggunakan Borang Pentaksiran Individu.
- Â Guru boleh merujuk tafsiran TP Keseluruhan KLGT3 untuk mengetahui pencapaian murid sepanjang menjalankan tugasan (Jadual 2).
- Guru boleh memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki laporan KLGT3 sebelum TP dan Skor keseluruhan dimuktamadkan.
- Guru perlu merekodkan TP Keseluruhan dan Skor Keseluruhan murid di dalam Borang Pentaksiran Keseluruhan KLGT3 mengikut kelas (Lampiran 8).
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Panduan Kerja Lapangan KSSM Geografi Tingkatan 3Â sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru, ibu bapa dan calon yang akan menduduki PT3 2019. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.