Soalan Akhir Tahun 2019

Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas Tingkatan 1

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas Tingkatan 1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM telah memuat naik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk kegunaan Guru Kelas Tingkatan 1 (KSSM. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada ruangan muat turun yang telah admin sediakan di bawah.

Templat Pelaporan Gabungan ini adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018.

Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibu bapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.

Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas Tingkatan 1” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘XLXS’

Download : Templat Pelaporan PBD Kelas 2018 KSSM Tingkatan 1

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum

 

Penutup

Semoga perkongsian Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas Tingkatan 1 ini berguna khususnya kepada guru kelas Tingkatan 1 dalam menyediakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid Tingkatan 1. Teruskan menyokong kami dengan menyertai Channel Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline