Permohonan Guru Interim Dini dan Tahfiz Sekolah Menengah 2019 Dibuka Mulai 11 Mac Ini

 

PERMOHONAN GURU INTERIM DINI DAN TAHFIZ

Permohonan Guru Interim Dini dan Tahfiz Sekolah Menengah 2019 Dibuka Mulai 11 Mac Ini. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

1. KETERANGAN PROGRAM

  1. Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019.
  2. Nama Perjawatan: Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim.
  3. Tempoh Interim: Tiga (3) Tahun sahaja

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
2.1. Warganegara Malaysia;
2.2. Sihat tubuh badan;
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;

RUJUK IKLAN DI BAWAH UNTUK PENERANGAN LEBIH LANJUT BERKAITAN JAWATAN INI

iklan interim tfz2019

iklan interim tfz20191

iklan interim tfz20192

iklan interim tfz20193

iklan interim tfz20194

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari URL : http://apps-ach.net/myINTERIM bermula pada 11 Mac 2019 dan akan ditutup pada 17 Mac 2019.

cats

Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga , lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Dapatkan “Iklan dan Jadual Proses Kerja Guru Dini dan Tahfiz” di sini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Iklan dan Jadual Proses Kerja Guru Dini dan Tahfiz

  1. IKLAN GURU INTERIM
  2. PROSES KERJA

 

RUJUK JADUAL KERJA DI BAWAH

PROSES KERJA tfz19

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Guru Interim Dini dan Tahfiz Sekolah Menengah 2019 Dibuka Mulai 11 Mac Ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khusunya kepada individu yang berminat dan layak untuk menjadi guru interim. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.