Pak Nil dinobatkan “Ikon Pembelajaran PAK 21”

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Pak Nil dinobatkan "Ikon Pembelajaran PAK 21"

Tahniah buat Pak Nil kerana dinobatkan “Ikon Pembelajaran PAK 21”.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Aznil Haji Nawawi.

Datuk Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil dianugerahkan sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 atas misi beliau dalam membantu para pelajar dalam pendidikan.

sumber

KPM dihujani Komen Pertanyaan dan Keraguan Mengenai Pemilihan Itu

Wah! Jarang post di fanpages ini banyak komen. Jadi, admin turut melihat dan membaca beberapa komen yang ada.

Rupa-rupanya ramai dikalangan netizen mungkin terdiri daripada guru atau ibubapa yang banyak bertanyakan soalan kepada KPM mengenai hal ini. Antara yang boleh admin senaraikan secara ringkas ialah :

  1. Ramai ingin tahu apa kriteria yang menjadikan Pak Nil sebagai ikon pembelajaran PAK 21 ini?
  2. Siapa sebenarnya yang membuat keputusan disebalik pemilihan ini?
  3. Dalam ramai-ramai guru, kenapa bukan guru yang dipilih sedangkan di Malaysia ramai sangat guru-guru yang hebat. Ya, cuba baca komen dan lihat ramai dikalangan netizen yang menyenaraikan nama guru-guru yang hebat.
  4. Apa jasa Pak Nil dalam PAK 21 ini sebenarnya?

OK, memang banyak lagi. Tapi sebab tahu cikgu semua nak bercuti, rasanya lebih baik cikgu tenangkan fikiran dulu.

Selain itu, ada juga yang menyatakan perkataan IKON itu kurang sesuai tetapi lebih baik dijadikan sebagai DUTA.

Sabar,

Maksud IKON

Oh ya, sebelum pergi bercuti ini sempat admin cari maksud IKON.

[i.kon] | ايکون

Definisi : 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat

Boleh rujuk disini.

 

telegram sistemguruonline