Cara Mudah Tapi Berkesan Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir. Mulakan Dari Darjah 1

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Cara Mudah Tapi Berkesan Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir. Mulakan Dari Darjah 1

Cara Mudah Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir?. Sebenarnya ini bukan satu-satunya cara tetapi ianya satu perkongsian yang menarik untuk kita ambil tahu dan untuk kita ketengahkan agar dapat membuka mata ramai orang.

Mari kita lihat perkongsian berikut.

Perkongsian Mohamad Hakim Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir

Dalam mata pelajaran Matematik, sifir memang cukup penting. Mahutak mahu memang kena hafal kalau tak susah untuk anak membuatpenyelesaian kira-kira.

Bagi anak-anak yang lemah matematik kerana tak hafal sifir bolehpraktikkan tip yang dikongsi oleh Mohamad Hakim yang jugaguru Matematik sendiri.

Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalansifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang akupraktikkan untuk anak murid di sekolah. Ianya berkesan!

1. Sendiri-sendiri

Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dansifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali. Oh ya, mungkin ada yang akanbertanya, cara mana yang lebih berkesan.

1 x 2 =2

atau

2

4

6

8

Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana punboleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkanskop nombor bagi sesuatu sifir.

2. Tulis

Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Iasebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafaltadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.

Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalauaku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.

Segi tiga

2 2 2 2 2 2 2 2

4 4 4 4 4 4 4

6 6 6 6 6 6

8 8 8 8 8

101010

1212

14

Baris

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

Kalian boleh tengok contoh pada gambar di bawah.

Cara Mudah Tapi Berkesan Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir. Mulakan Dari Darjah 1

Cara Mudah Tapi Berkesan Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir. Mulakan Dari Darjah 1

3. Pasangan

Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudiansaling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert denganjawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapansendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.

Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca.Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untukdiri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.

4. Latih tubi

4. Latih tubi

 

Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buatpertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelakidan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.

Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah.Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yangpenting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?

Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dahbuat tu. Berkesan!

5. 1 hari 1 sifir

Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1sifir dah lah. Lambat!

6. Baca di perhimpunan

Budak-budak ni suka show off. Bagi aku tak salah kalau benda niboleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memangtak boleh buat main. Dimarahnya aku balik sebab tak panggil diorangbaca sifir di tapak perhimpunan.

Cuma cara aku, aku akan inform mereka pagi tu tanpa pengetahuanorang lain yang dia akan dipanggil. Aku nak dia bersedia dan taknak isu memalukan di hadapan nanti.

7. Bakar line

Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakarline. 「Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh.Mesti boleh!」

Tercabar lah beb. Haha. Satu hari nanti aku nak buatpertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!

8. Pesan

Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir. Sambilmandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam keretapun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana punmereka berada.

9. Rotan

Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letaksahaja rotan di sisi. Pasti membantu! Bila salah jawapan tu,hayunkan sedikit rotan tu. Haha.

Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya,sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapimomen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila. ….

Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianyamembantu.

Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak lajudalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.

Bila nak mula? Mulakanlah dari darjah 1.

Sumber: Mohamad Hakim

Apa Cara Anda Pula

Tidak dinafikan bahawa setiap ibubapa mungkin ada matlamat masing-masing dan ada cara masing-masing untuk mendidik anak mereka. Ya, percayalah ada di kalangan kita yang tidak kisah sama ada anak mereka dapat menghafal sifir semasa masih kecil, mungkin ada yang berpegang kepada “masa kecil adalah masa anak-anak bermain dan belajar mengenai nilai murni”.

Namun bagi mereka yang begitu pentingkan pendidikan, pasti lain pula caranya. Jadi, jika anda jenis ibubapa yang pentingkan pendidikan, bagaimana pula cara anda mendidik anak-anak anda menghafal sifir? Kongsikan kepada kami.