Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al Syariah

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al Syariah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian bahan-bahan pendidikan diteruskan lagi. Pada kali ini, admin mengongsikan templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi KSSM Tingkatan 1 yang baru admin muat turun daripada portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM iaitu pada 15 Februari 2019. Ini kerana, terdapat beberapa templat yang sedia ada telah ditambah baik atau dikemas kini oleh BPK.

Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) KSSM Tingkatan 1 ini digunakan bermula tahun 2017.

Umum sedia maklum, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini amat penting kepada semua pihak khususnya kepada guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid bukan sahaja dalam melihat prestasi murid/anak dalam akademik mahupun bukan akademik, malah merupakan platform untuk guru meningkatkan pencapaian murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih efektif.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al Syariah” di sini


Di sini admin kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’ iaitu dalam bentuk dokumen Excel.

Download : TEMPLAT PELAPORAN PBD KSSM TINGKATAN 1 AL SYARIAH

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TARIKH DIKEMAS KINI: 15 FEBRUARI 2019

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al Syariah sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru mata pelajaran dalam menyediakan pelaporan pencapaian dan prestasi murid dalam PdPc. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>