Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al-lughah Al-Arabiah Al-Muasirah

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al-lughah Al-Arabiah Al-Muasirah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian bahan-bahan pendidikan diteruskan lagi. Pada kali ini, admin mengongsikan templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi KSSM Tingkatan 1 yang baru admin muat turun daripada portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM iaitu pada 15 Februari 2019. Ini kerana, terdapat beberapa templat yang sedia ada telah ditambah baik atau dikemas kini oleh BPK.

Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) KSSM Tingkatan 1 ini digunakan bermula tahun 2017.

Umum sedia maklum, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini amat penting kepada semua pihak khususnya kepada guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid bukan sahaja dalam melihat prestasi murid/anak dalam akademik mahupun bukan akademik, malah merupakan platform untuk guru meningkatkan pencapaian murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih efektif.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al-lughah Al-Arabiah Al-Muasirah” di sini


Di sini admin kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’ iaitu dalam bentuk dokumen Excel.

Download : TEMPLAT PELAPORAN PBD KSSM TINGKATAN 1 AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TARIKH DIKEMAS KINI: 15 FEBRUARI 2019

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1 Al-lughah Al-Arabiah Al-Muasirah sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru mata pelajaran dalam menyediakan pelaporan pencapaian dan prestasi murid dalam PdPc. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline