Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Bahasa Semai

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

 

Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Bahasa Semai. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, baru-baru ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah memuat naik templat pelaporan pentaksiran yang baharu bagi Tahun 3 yang dinamakan sebagai Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Templat Pelaporan PBD bagi Tahun 3 ini digunakan mulai tahun ini (2019) kerana berdasarkan DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 3.

Umum sedia maklum, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini amat penting kepada semua pihak khususnya kepada guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid bukan sahaja dalam melihat prestasi murid/anak dalam akademik mahupun bukan akademik, malah merupakan platform untuk guru meningkatkan pencapaian murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih efektif.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang telah dinyatakan oleh BPK KPM dalam menggunakan templat pelaporan PBD ini :

MAKLUMAT AM

Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet ) :

  1. PANDUAN
  2. REKOD PRESTASI MURID
  3. LAPORAN MURID (INDIVIDU)
  4. DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
  5. GRAF PELAPORAN

PENGGUNAAN TEMPLAT

Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID . Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

  1. Nama dan Alamat Sekolah
  2. Nama Guru dan Nama Kelas
  3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
  4. Nama Pentadbir
  5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)

TAHAP PENGUASAAN

Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN .

PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN

  1. Pentaksiran atau penilaian perlu dilakukan sepanjang masa semasa proses PdP berlaku yang berfokuskan kepada sesuatu standard pembelajaran yang dipilih ketika proses sesuatu PdPc. Tercapai atau tidak sesuatu tahap penguasaan boleh dikenal pasti melalui objektif PdPc berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih. Murid yang tidak mencapai objektif standard pembelajaran tersebut akan diulang ajar oleh guru.
  2. Tahap Penguasaan murid akan ditentukan melalui pentaksiran atau penilaian yang dilakukan oleh guru semasa proses PdPc. Sebagai bukti pentaksiran tahap penguasaan murid telah dilakukan, guru boleh merekodkan atau mencatat tahap penguasaan tersebut untuk membantu guru mengisi templat pelaporan yang disediakan.
  3. Bagi tujuan pelaporan, guru hendaklah mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun iaitu pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman untuk menentukan pertengahan atau akhir tahun.
  4. Pelaporan ini sebagai rekod prestasi keseluruhan kemahiran  yang patut dikuasai oleh setiap murid. Tahap Penguasaan ini ditentukan melalui pertimbangan profesional guru berasaskan setiap standard pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Pernyataan setiap Tahap Penguasaan tersebut tercatat pada data Pernyataan Tahap Penguasaan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Bahasa Semai” di sini


Di sini admin kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’ iaitu dalam bentuk dokumen Excel.

Download : TEMPLAT PELAPORAN PBD B SEMAI Tahun 3

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 13 FEBRUARI 2019

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Bahasa Semai sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru mata pelajaran dalam menyediakan pelaporan pencapaian dan prestasi murid dalam PdPc. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline