Tarikh UPSR 2019 Diawalkan

 

TARIKH

Tarikh UPSR 2019 Diawalkan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Terkini daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini diawalkan.

Berdasarkan kalendar yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM, tarikh pelaksanaan UPSR yang dijadualkan adalah pada 19 September 2019 dan 23 – 26 September 2019.

Namun demikian, Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan tarikh baharu bagi pelaksanaan UPSR ini iaitu pada 4 – 5 September 2019 dan 10 – 12 September 2019.
Perkara ini adalah bersumberkan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan bertarikh 07 Februari 2019.

Takwim Peperiksaan Pentaksiran Tahun 2019 portal

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi tahun ini juga berubah daripada 1 – 30 Ogos 2019 (ProKhas 1) dan 10 September – 11 Oktober 2019 (ProKhas 2) kepada 1 Julai 2019 – 30 Ogos (ProKhas 1) dan 10 September – 11 Oktober (ProKhas 2).

Anda boleh merujuk takwim peperiksaan dan pentaksiran bagi tahun 2019 yang terkini di bawah:

Takwim Peperiksaan Pentaksiran Tahun 2019 portal1

Takwim Peperiksaan Pentaksiran Tahun 2019 portal2

Takwim Peperiksaan Pentaksiran Tahun 2019 portal3

Dapatkan “Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Takwim Peperiksaan Pentaksiran Tahun 2019_portal

Download Link Alternatif

SUMBER: Lembaga Peperiksaan KPM

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Tarikh UPSR 2019 Diawalkan sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khusunya kepada guru, ibu bapa dan calon UPSR 2019. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.