Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini

 

Permohonan Jawatan

Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini. Pemakluman terkini daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan permohonan Guru Cemerlang/Pensyarah Cemerlang bagi tahun ini (2019) akan dibuka.

Perkongsian ini adalah daripada perkara URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL (KV), INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB), KOLEJ MATRIKULASI (KM) DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC) DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2019.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019 bermula 1 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini adalah diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul.

Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemas kini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

RUJUK IKLAN GURU/PENSYARAH CEMERLANG DI BAWAH:

IKLAN GURU PENSYARAH CEMERLANG

IKLAN GURU PENSYARAH CEMERLANG1

IKLAN GURU PENSYARAH CEMERLANG2

IKLAN GURU PENSYARAH CEMERLANG3

IKLAN GURU PENSYARAH CEMERLANG4

Iklan boleh mula dimohon mulai 1 Mac 2019 (Jumaat). Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.

Dapatkan “Keywords Tajuk” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. IKLAN GURU-PENSYARAH CEMERLANG
  2. PERMOHONAN GURU CEMERLANG – PENSYARAH CEMERLANG 2019
  3. BORANG PERMOHONAN PENSYARAH CEMERLANG IPG TAHUN 2019

SUMBER: KEMENTERIAN  PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (GC) 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini sedikit sebanyak memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada guru atau pensyarah yang ingin memohon jawatan ini. Semoga berjaya daripada kami. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.