Permohonan Guru Interim Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah 2019

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Permohonan Guru Interim Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, pengambilan guru interim oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun ini (2019) sedang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim Bahasa Inggeris bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Malaysia.

Sebelum mengemukakan permohonan untuk menjadi guru interim ini, anda perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019;
  4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris sahaja dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  5. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/; dan
  6. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT DAN CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN:

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web di alamat: https://pismp.moe.gov.my/myUMUM atau klik gambar di bawah:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Permohonan adalah terbuka kepada semua orang awam yang berminat mengikuti program
INTERIM BAHASA INGGERIS dan akan dibuka bermula pada  7 – 15 FEBRUARI 2019.

BUTIRAN PENGAMBILAN GURU INTERIM BAHASA INGGERIS 2019

 

Sehubungan dengan itu, sila muat turun dokumen di bawah dan rujuk maklumat yang dilampirkan untuk maklumat lanjut berkaitan pengambilan guru interim ini.

Dapatkan “Dokumen berkaitan Pengambilan Guru Interim 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. IKLAN GURU INTERIM 2019
  2. PROSES KERJA GURU INTERIM 2019

 

 

PROSES KERJA PENGAMBILAN GURU INTERIM BAHASA INGGERIS TAHUN 2019 DAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)– MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC) AMBILAN TAHUN 2020

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Guru Interim Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah 2019 sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khusunya kepada individu yang berminat dan layak untuk menjadi guru interim. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.