Permohonan eGTukar 2019 Dibuka Mulai 18 Februari Ini

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Table of Contents

Permohonan eGTukar 2019 Dibuka Mulai 18 Februari Ini. Makluman awal berkaitan eGTukar.

Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 18 Februari 2019 hingga 27 Mac 2019 bagi pertukaran guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020. Permohonan boleh dibuat melalui https://epgo.moe.gov.my atau klik ikon di bawah:

Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Pengguna

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru. Perincian adalah seperti berikut:

  1. Guru. Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
  2. Pentadbir Sistem. Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan eGTukar 2019 Dibuka Mulai 18 Februari Ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru yang ingin memohon pertukaran tempat berkhidmat (sekolah). Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.