BPPT 2019: Pelajar IPT Terima RM100 Pada Hujung Bulan Mac Ini

 

TEMPLAT PELAPORAN 30

BPPT 2019: Pelajar IPT Terima RM100 Pada Hujung Bulan Mac Ini. Info terkini berkaitan status Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bagi tahun ini (2019).

images

Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tetap diteruskan untuk tahun ini. Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100 kepada 1.2 juta penuntut warganegara Malaysia yang belajar di insitut pendidikan tinggi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, keputusan itu telah dibuat berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat insitut pendidikan tinggi.

Bantuan ini akan disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu.

Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data yang lama dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 Juta. Perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kelak.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu BPPT 2019: Pelajar IPT Terima RM100 Pada Hujung Bulan Mac Ini sedikit sebanyak memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada pelajar IPT. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.