Tarikh-tarikh Penting UPU Sesi Akademik 2019/2020. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk memohon UPU bagi sesi 2019/2020.
Klik gambar di bawah untuk melayari portal rasmi UPU Online
  01 April |  Jualan Unik ID Ditutup |
  02 April |  Permohonan UPU Online Ditutup |
  17 – 20 Apr |  Semakan Panggilan Temu duga Lepasan SPM |
  21 – 29 Apr |  Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan |
  10 – 14 May |  Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf |
  25 February |  Permohonan UPU Online Dibuka |
  25 February |  Jualan Unik ID Dibuka |
  15 – 19 May |  Ujian MEdSI Dijalankan |
  15 May – 28 Jun |  Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA) |
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program Pengajian UA dan Politeknik Premier
Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:
- Semua program pengajian di UiTM;
- Asasi UIAM;
- Asasi Sains UM;
- Asasi UNIMAS;
- Asasi UMS; dan
- Asasi UniSZA
Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:
- Asasi Pengajian Islam UM;
- Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
- Tahmidi USIM;
- Asasi UKM, UUM; dan
- Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
Program Lepasan STPM/ Setaraf Syarat Am Permohonan
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Kelayakan
i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
DAN
ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau
iv. MATRIKULASI / ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.
Mohon perhatian:
Sebarang pertanyaan, boleh rujuk platform maklum balas di bawah:
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Tarikh-tarikh Penting UPU Sesi Akademik 2019/2020Â sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khusunya kepada lepasan lepasan SPM tahun lalu Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.