Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Iklan 2 Jawatan Kosong KTMB Bagi Kemasukan Oktober

Iklan 2 Jawatan Kosong KTMB

Kali ini admin ingin kongsikan mengenai iklan 2 jawatan kosong KTMB ambilan Oktober 2023 ini. Diminta kepada semua pencari kerja untuk cuba memohon iklan jawatan yang dibuka oleh KTMB kerana mungkin disini rezeki anda untuk mencari rezeki

Sahabat-sahabat, tahukah anda bahawa sejarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula pada zaman penjajahan British? Pada masa itu, rangkaian kereta api dibangunkan untuk mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan. Perubahan kepada nama syarikat ini dilakukan oleh pihak British pada tahun 1962.

Oleh itu, KTMB merupakan sebuah syarikat pengangkutan keretapi yang telah lama beroperasi di Malaysia. Syarikat ini menawarkan pelbagai kelebihan kepada pekerja yang berkhidmat di bawah seliaan mereka. Bagi mereka yang berminat untuk memohon jawatan di syarikat ini, kami ingin mengingatkan supaya membaca dan memahami maklumat yang akan kami kongsikan di bawah ini.

Kepada mereka yang masih mencari peluang kerjaya mengikut minat anda, anda boleh rujuk telegram kami yang menyediakan pelbagai maklumat terkini berkaitan kerjaya swasta,part time atau dibawah sektor kerajaan:

Maklumat Penuh Mengenai Iklan 2 Jawatan Kosong KTMB

Maklumat Ringkas Jawatan

Menurut maklumat yang kami dapatkan adalah iklan jawatan kosong ktmb ini membuka dua permohonan jawatan iaitu juruteknik & operator komputer bagi membantu pekerja lain dalam menjalankan tugas sebagaimana dibagitahu dalam iklan.

Senarai Pendek Jawatan Dibuka

JAWATAN KOSONGGREDSEKTOR
Juruteknik(GRED: J07G10)Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Operator Komputer(GRED: F07G10)Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Tarikh Tutup Permohonan 2 Jawatan KTMB

Untuk makluman kepada semua calon, tarikh permohonan kerjaya di Kereta Api Tanah Melayu Berhad ini pada 25 Oktober 2023 pada hari Rabu pukul 11:59 malam. Diminta kepada pemohon untuk segerakan permohonan anda agar proses pemilihan berjalan dengan lancar.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Syarat Kelayakan yang Perlu Ada Pada Pemohon

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Juruteknik

  • Mempunyai Sijil Politeknik/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang teknologi maklumat.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai Tukang K2 (R06G12) dan memiliki sijil dalam bidang teknologi maklumat.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mematuhi Aturan dan Peraturan serta prosedur kerja ICT.
  • Berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
photo 6176958803774389042 y
Iklan 2 Jawatan Kosong KTMB

Operator Komputer

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian di dalam Bahasa Malaysia serta lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
  • Keutamaan kepada calon yang mempunya sijil komputer.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mematuhi Aturan dan Peraturan serta prosedur kerja ICT.
  • Berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Sedia bertugas mengikut giliran syif.
photo 6176958803774389043 y
Iklan 2 Jawatan Kosong KTMB

Spesifikasi Tugas Bagi 2 Jawatan diatas

Berikut kami sediakan beberapa spesifikasi kerja pada jawatan yang anda bakal mohon:

JAWATANTUGAS KERJA
Juruteknik● Memasang, menguji, menyenggara dan membaik pulih peralatan dan infrastruktur IT
supaya dapat berfungsi dengan baik termasuk:
I. Desktop Server, komputer peribadi, laptop, printer dan alat mudah alih.
II. LCD Display, projektor, kamera digital dan lain-lain.
III. Perisian Operasi – Windows, E-mail, antivirus dan lain-lain perisian
yang sah dan berlesen.
IV. Peralatan Network – Router, Modem, Switch, ADSL/SDSL, Kabel UTP, Fiber
Converter, LIU dan lain-lain peralatan keperluan network.
V. Peralatan WIFI – Access point, Bridges, Antenna dan lain-lain berkaitan.
VI. Talian Network – Litar Suwa, Broadband, VPN dan talian Streamyx/Unifi
VII. Peralatan CCTV – DVR/NVR, kamera, perisian serta memberi sokongan
teknikal untuk memuat turun rakaman CCTV.
● Berhubung dan berkomunikasi dengan unit-unit di ICT untuk menyelesaikan dan
mengemaskini laporan kegagalan sistem melalui system ISM Helpdesk.
Operator Komputer● Membantu mengawal operasi harian bilik server utama, peralatan komputer dan sistem
aplikasi untuk memastikan kelancaran sistem komputer dan ketersediaan sumber IT 24 jam.
● Membantu mengawal sistem operasi IT dan rangkaian untuk memastikan bahawa semua
pelayan, pangkalan data korporat dan sistem aplikasi beroperasi dengan sewajarnya.
● Mengemaskini setiap hari log peristiwa, laporan kegagalan dan perhubungan kepada
kejadian sistem yang berkaitan.
● Mengawal kerja back-up untuk memastikan fail data, perisian operasi dan pangkalan data
yang di back-up adalah sempurna/lengkap pada bila-bila masa.
● Menerima dan merekodkan semua laporan kerosakan perkakasan dan aplikasi berkomputer
ke dalam buku log atau system helpdesk ICT

Kelebihan Bekerja Dengan Keretapi Tanah Melayu berhad

  • Cuti Sakit
  • Cuti Umum
  • Caruman PERKESO
  • Caruman KWSP

Langkah Permohonan Bagi Iklan Jawatan KTMB

Iklan Permohonan Penuh Pelbagai Jawatan

photo 6176958803774389039 y
Iklan 2 Jawatan Kosong KTMB

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:

Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalaman bekerja dibawah KTMB.

Permohonan Hanya Melalui Portal Dalam Talian

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan, kami menggalakkan anda untuk mengikuti langkah-langkah dan tatacara yang telah kami sediakan di bawah ini:

  • Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi permohonan kerja KTMB yang boleh diakses [di sini].
  • Untuk memulakan proses permohonan, anda perlu log masuk ke dalam sistem jika sudah mempunyai akaun. Jika anda belum mendaftar sebagai pencari kerja, sila daftar akaun terlebih dahulu.
  • Pastikan untuk mengisi borang permohonan dalam talian dengan maklumat yang tepat dan pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan yang dinyatakan dalam iklan jawatan tersebut.
  • Sila periksa dan pastikan bahawa semua maklumat dalam borang permohonan telah diisi dengan betul dan anda telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan sebelum menghantar permohonan.
  • Pastikan permohonan anda diserahkan kepada pihak KTMB sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  • Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas dari majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas menghantar permohonan, anda boleh menganggap permohonan anda tidak berjaya.

Kami memahami bahawa mencari pekerjaan pada masa ini mungkin mencabar, terutamanya bagi graduan baru dan mereka yang mencari peluang pekerjaan. Kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pemohon dalam memohon iklan 2 jawatan kosong KTMB, dan kami berdoa agar urusan permohonan anda dipermudahkan dan anda berjaya diterima bekerja di bawah syarikat KTMB.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati